berbalik pada entri kali ni aku ada sebut pasal arduino ni dalam entri aku yang lepas-lepas dalam blog ni . kalau nak tahu serba sedikit tentang arduino bolehlah refer pada entri aku di sini . waktu mula-mula nak belajar arduino ni semua pun macam cuak nak guna sebab dia punya barang mahal jugaklah . satu board kecil arduino ni berharga RM109 tau . jadi semua pun belajar dalam keadaan tak berapa nak riang ria sebab masing-masing takut arduino ni blow ke hape ke kan . sekali kan memang sangkaan aku meleset sangat sebab arduino ni sangat mudah nak digunakan berbanding JAL dan Proteus . bagi budak-budak yang ambil course engineering mesti ada guna software-software yang macam aku sebutkan di atas ni . semuanya sudah di setkan dalam arduino tu . kita cuma nak modify balik je coding-coding supaya jadi macam mana yang kita nak dan untuk tahu litar kita menjadi atau tak kita hanya cuma perlu sambungkan ke laptop je untuk tengok hasilnya . senang sangat sebab banyak example dah ada dalam program arduino ni . nak belajar sendiri pun boleh melalui handbook dan video dia sebab arduino ni open source dan tak ada siapa boleh claim yang coding tu dia yang punya . maksudnya dekat sini siapa-siapa pun boleh ambil dan tiru coding yang kita buat bila menggunakan software arduino ni .
paling bestnya arduino ni dia ada banyak contoh untuk kita refer dan ia sangat bagus untuk budak-budak yang akan ambil final year project sebab coding dia dah senang dan tak payah banyak fikir pasal software . padanlah Sir kita orang , Sir Hisham tak bagi ada partner masa final year project nanti . katanya dah tak banyak coding atau kerja yang patut satu-satu pelajar buat sebab arduino dah memudahkan kerja coding kita orang . tapi kan final year project kot . agak-agaklah kalau nak buat seorang . banyak kot cost yang nak kena keluar untuk satu-satu projek . banyak nak kena buat research . dan bermula semester depan , semester 6 kita orang dah kena buat proposal untuk final year project . pergghhhh menggigil satu badanlah macam ni . dulu pun aku tak pernah buat projek sorang-sorang semuanya berkumpulan . sekarang waktu degree kena buat sorang-sorang memang patutlah aku cuak . construct circuit pun salah-salah lagi . adoi tolong T_____T . macam manalah gamaknya aku buat FYP sorang-sorang ye ? huhuhu nervous nya lah haiiii .
part paling kecewanya lah kan . tahu tak kalau aku tak dapat appeal ambil lebih kredit hour sem depan , sampai ke akhir semester aku kena ambil 17 kredit hour . perggghhh memang hebatlah kan sebab semester akhir sebelum intern dah nak kena buat FYP , dapat pulak nak carry banyak-banyak subjek lagi memang cari nahas lah aku kan . sekarang tengah memikir macam mana nak selesaikan masalah ni . ingat nak ambil short semester tapi kawan-kawan bagi cadangan suruh appeal pulak . kalau appeal next semester kena ambil 19 kredit hours kot . hebat kan ? huahua kalau boleh aku tak nak lah pointer aku merudum jatuh . kalau boleh sem - sem akhir ni lah nak score sehabis baik . tapi kalau subject pun dah menimbun sempat ke aku nak belajar ni ? adoi pening kepala memikir . memang dah tak banyak subjek yang tinggal tapi kebanyakkan nya semua 3 kredit hour . banyak tu nak kena score . memang menyedihkan lah . baru nak gembira-gembira dah nak habis belajar , tapi nak habiskan belajar tu dia punya onak liku dah boleh buat novel dah hahahaha :DD dan aku nak kongsikan satu mutiara kata menarik ni dengan korang semua .
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
fikir-fikirkan . ada masa update lagi . bye
2 orang komen:
relax my dear....
kawan2 sekeliling kan ade
kite boleh saling membantu kan???
ktorang akan tolong setakat mana yang ktorang mampu..
:)
@elyanasedihlah nana..short sem pn xmembantu..kena appeal jgklah kot :(
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira