mereka ni kawan terbaik pernah aku ada dalam dunia ni . sebenarnya kami semua berlapan tapi lagi tiga orang tak dapat hadirkan diri ataupun dah lesap makanya tinggal lah kami berlima je yang masih bersama . anis , syara , nabila dan rahmah terima kasih sebab sudi luangkan masa bersama-sama kali ni . walaupun masing-masing dah ada haluan nya tapi kalau ada masa dan diizinkan tuhan kita orang pasti berjumpa bila ada kelapangan . dan bila dah berjumpa tu macam-macamlah yang diborakkan . semua bercerita perihal masing-masing . bergurau senda dan ketawa sampai mengalir-ngalir air mata . tuhan je tau betapa seronoknya berjumpa dengan makhluk-makhluk Allah ni . teringat-ingat kenangan waktu sekolah dulu , memang best sangat sampai terasa nak ulang balik waktu tu . tapi semua tu dah memang tak boleh dipatah balik . semua pun dah besar panjang dan sedang membina kerjaya masing-masing . sekarang semuanya masih belajar , tak lagi semua bakal berkahwin dah dapat cahaya mata . kalau persahabatan ni kekal sampai kami kahwin , bahagianya rasa perasaan ni . hahaha bukan gatal , cuma biasalahkan kita merancang , tuhan yang menentukan segala-galanya dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik . amin
rasanya perjumpaan kali ni perjumpaan yang terlama pernah kita orang buat . selalu pun dapat jumpa bila ada majlis perkahwinan dan hari raya , dan hari-hari lain semuanya sibuk dengan kuliah dan sebagainya . seronok sangat bila dapat berkumpul dan ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia . ketawa dan terus ketawa tanpa ambil pedulik orang sekeliling yang memandang kami . best sangat perasaan tu . tah bila dapat jumpa lagi , harap-harap semuanya ada lagi masa terluang untuk kami berjumpa lagi . best friends forever korang . sayang sangat dekat korang . rindu waktu makan dekat mamak tepi jalan lepas sekolah . rindu naik bas rapid sama-sama , rindu bergossip waktu berjalan kaki dari sekolah sampai tempat menunggu bas . rindu kawad kaki dulu-dulu . terima kasih sahabat . terima kasih sebab selalu bersama waktu susah dan senang .
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira