22 March 2011

saye nak kurus . tolonglah T___T

hahahai tajuk entri macam tak boleh nak blah kan . tapi tu lah realitinya . aku nak kurus . semuanya sebab event bulan November ni . ada lah sebabnya kenapa tak kan nak cerita semua kan . tapi memang nak sangat mengurangkan lemak-lemak di badan yang dah berkilo-kilo ke bertan-tan dah naik ni . rasa tak selesa sangat bila nak bergaul dan berhadapan dengan orang ramai . dan bila berbadan besar ni self esteem tu jadi rendah serendahnya lah . dulu aku bukanlah jenis manusia macam ni . aku ni boleh di katakan seorang yang periang lah jugak . maknanya susahlah nak nampak aku tak ketawa dan gelak sekuat-kuatnya . aku memang kaki gelak lah orang kata , tak percaya boleh tanya kawan-kawan aku lah aku ni macam mana . tapi di sebabkan kes ni , aku macam kurang keyakinan sikit entah kenapa entah . rasa macam nak segan je sepanjang hari . boleh ke macam tu ? hahaha :DD orang yang tak kenal aku mesti akan cakap aku sombong punya lah , padahal nak cover badan dah besar gedabak ni . ehehehe


berbalik kepada apa yang nak diceritakan ni . untuk menjadi seorang yang sihat , aku dah rancang beberapa plan lah . sebelum ni aku ada cerita pasal aku pergi gym kan dekat entri ni . sekarang ni dah tak boleh pergi gym sangat sebab kerja tengah melambak-lambak sangat dah ni . mini project dah dapat jadi kerja pun mestilah berlipat ganda . walaupun kerja berkumpulan tak kan nak sambil lewa je kan . markah banyak pulak tu , 60% jangan buat hal lah kan kang tak memasal kena repeat balik subjek workshop ni . ni bukan alasan semata . kalau korang di tempat aku korang pun mesti buat benda yang sama macam aku fikirkan . oklah melalut pulak aku dengan hal-hal study bagai . meh aku cerita sikit apa aku nak buat untuk kurangkan sikit lemak-lemak di badan ku inih . hahahahahahahahadoi .


1. aku kena kurangkan makan nasi .
2. perlu bersarapan pagi
3. banyakkan minum air masak 
4. habiskan oat yang melambak - lambak dalam bilik
5. banyakkan makan buah - buahan
6. kurangkan pengambilan susu . tak boleh minum tiap - tiap hari sangat
7. banyakkan makan sayur . ( haha ni memang terpaksa lah makan sebab aku tak makan sayur )
8. kurangkan makan ayam . banyakkan makan ikan
9. kurangkan tidur siang
10. bersenam paling kurang 2x seminggu


aku pernah tak makan nasi sebulan dah kesannya memang berat badan aku turun dengan mendadak . dan aku nak buat balik macam dulu . nak maintain je . takut nanti bila badan dah besar stamina pun berkurang lama-lama banyak pulak penyakit merbahaya hinggap dekat badan aku ni nanti . mintak dijauhkanlah semua ni . aku memang takut sikit bab sakit-sakit ni . family aku dah lah ada penyakit keturunan yang boleh di kira membahayakan nyawa . jadi aku kena lah kawal pemakanan aku dari sekarang . tak boleh sambil lewa lagi dah lepas ni . memang tahap kena buat dah ni . huhu mintak-mintak tercapailah hasrat aku ni . amin


p/s : pengkalan hulu , i'm coming yaww ~!

8 orang komen:

Buuwa said...

salam eira..
mkan la scara sihat.. ^_^ nk makan nac , ayam bole je.. tapi berpada2 la.. dalam kuantiti yang sdikit je la...jangan terlalu byk.. makan sekadar tuk makan.. bukan untuk kenyang... so, bole mkan benda2 lain lagi.. yg ada kndungan nutrisi yg berbeza..bila masa lapar tym stdy (ptg2 or mlam hari..) makan la buah2an..cover2 laparan tuh.heeh... scara tak langsung kan bole kurangkan pgambilan kabohidrat..^_^.. burger2 di tgh malam...(besa berlaku nih masa stdy ..heheh) jan la amik terlalu kerap... sekali sekala bole la... ^_^

~xpayah la kurus.. janji sehat... so, kontrol permakanan bukan tuk kurus.. tp tuk menghidar penyakit2 lain di kemudian hari...

psttt... comei tau org2 yg berisi nih...^_^

Alan said...

jangan makan langsung selama seminggu..memang ada kesan woooo

Laralia said...

bukan ke ko da kurus??

eira said...

@Buuwa
thank you so much buuwa

eira said...

@Alanbetul3

eira said...

@Laraliadah gemok lah lia :(

||aLeaSaRa|| said...

meh kite nak gemuk dia lak nak kurus...gi pack lemak2 tu hantar kat kurier utk kite tau he3...jom skg earth hour 8.30 mlm ni tau!

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/03/jom-pakat-ramai2-jayakan-earth-hour.html

Azura Zakaria said...

Premium Beautiful and lactolite untuk sihat+kurus+cantik especially bila raya dah nak menjelma

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS