03 November 2012

sayang mak.

assalamualaikum.

blog terabai lagi kali ni atas urusan keluarga yang aku rasakan jauh lebih bernilai dari blog ni.waktu menulis entri ni pun banyak yang bermain di fikiran.baru-baru ni mak dimasukkan ke hospital sebab gula tinggi dan ada jangkitan kuman pada air kencing. inilah pengalaman pertama aku tengok keadaan mak yang menggigil maha dahsyat. tak pernah tengok mak menggigil kesejukan sampai mata putih ke atas dan bernafas dengan sangat kuat, malam tu aku dan ayah menangis tengok keadaan mak.

dan waktu tu aku beri mak suntikan insulin untuk kawal gigil mak dan alhamdulillah mak kembali normal.mak demam teruk sampai dehydration dan bila makan dan minum akan muntah sampai perut kosong. kesian dengan keadaan mak aku dan ayah terus bawa mak ke hospital. menurut doktor yang merawat mak ade jangkitan kuman pada air kencing dan sebabkan gula mak yang tinggi tak nak turun-turun. alhamdulillah aku lega bila tau mak akan dapat rawatan yang terbaik untuk mak di hospital.

aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mak, tanpa ayah. dua orang yang sangat menyokong jatuh dan bangunnya aku selama ni. mak la tempat aku mengadu dan bercerita segalanya. mak lebih faham keperluan aku sehari-hari berbanding ayah yang selalu memastikan aku berada dalam keadaan yang sempurna dari segi pakaian dan makan minum. jadi aku nak pesan dekat semua yang masih punyai ibu dan ayah. hargailah sebelum terlambat. gembirakan hati mereka sebelum mereka pergi tinggalkan kita.

maaf entri yang sangat emosi untuk aku.
eira sayang mak


0 orang komen

26 September 2012

i'm back

assalamualaikum.

waktu menulis entri ni terasa sangat janggal bila nak mengarang semula ayat dan cerita dekat blog tercinta ni. bagi yang bertanya ke mana menghilangnya aku selama ni...?

jawapan aku ialah.......


aku sebenarnya tak ke mana pun, cuma kekangan masa yang membataskan aku untuk menulis di sini.blog kesayangan aku.maaf sebab lama tak update. mood hilang entah ke mana.


life.?
tak ada yang menarik. sekarang ni aku sedang meniti hari-hari akhir aku berpraktikal di hospital tuanku jaafar, seremban. seremban...? ya aku kini berada di seremban bagi memenuhi tuntutan akhir sebagai pelajar tahun akhir di universiti kuala lumpur. aku masih seperti dulu. tidak berpunya, hanya milik keluarga sepenuhnya. mungkin lebih baik begini buat sementara waktu. aku hanya mampu merancang. tapi perancangan allah itu melebihi segalanya. doakan yang terbaik buat aku ya.

dan alhamdulillah genap 24 september baru-baru ni aku sudah pun menginjak umur yg ke 2++. alhamdulillah masih diberi nafas untuk melihat kebesaran allah. tapi setiap kemanisan yang berlaku dalam hidup ni,pasti ada yang perlu dikorbankan.apa yang perlu dikorbankan..? biarlah menjadi rahsia antara aku dan allah s.w.t.. dan ianya sangat memberi kesan pada aku. semoga aku lebih tabah mengharungi hari yang mendatang..

nantilah. banyak yang nak diceritakan tapi belum ada waktu yang sesuai. insyaallah. sampai jumpa lagi.
0 orang komen

21 June 2012

eye candies :p

Lately ni sangat suka tengok fashion muslimah yang loose dan sesuai dengan penutupan aurat.setiap orang ade cara yang tersendiri untuk menutup aurat asalkan tak melanggar syarak. Bila bukak je internet confirm tengok blogshop. Huaaa nak menangis tengok model2 comel peragakan baju yang dia orang jual.comel je.

Dan antara yang mendapat perhatian aku ialah di calaqisya . Tak dinafikan laa sangat comel bila tengok gaya modelnya peragakan baju. tapi tak sesuai sangat untuk aku yang belum sedia nak jadi terlalu feminin. aku lebih suka bergaya kasual dan tak terlalu feminin. simple-simple je. Jom cuci mata sekejap.sekejap je tak lama pun. aku mula sukakan gaya begini di samping bereksperimen dengan colour block. fabrik chiffon memang menyerlahkan keanggunan si pemakai terutamanya untuk gadis remaja macam gambar di bawah ni.

Dan yang bestnya. mereka-mereka ni adalah usahawan internet yang berjaya dalam usia yang muda ye. baru-baru ni baru je tv3 interview dia orang di rancangan Wanita Hari Ini. memang salute lah~! teringin juga nak berniaga tapi nak berniaga ni kena ada komitmen yang kuat juga. memandangkan aku ada keluarga yang aktif berniaga dengan usaha sendiri. insyaallah. satu hari nanti. doakan ye. huhu


credit picta to calaqisya.com

3 orang komen

EXCHANGE LINKS