03 November 2012

sayang mak.

assalamualaikum.

blog terabai lagi kali ni atas urusan keluarga yang aku rasakan jauh lebih bernilai dari blog ni.waktu menulis entri ni pun banyak yang bermain di fikiran.baru-baru ni mak dimasukkan ke hospital sebab gula tinggi dan ada jangkitan kuman pada air kencing. inilah pengalaman pertama aku tengok keadaan mak yang menggigil maha dahsyat. tak pernah tengok mak menggigil kesejukan sampai mata putih ke atas dan bernafas dengan sangat kuat, malam tu aku dan ayah menangis tengok keadaan mak.

dan waktu tu aku beri mak suntikan insulin untuk kawal gigil mak dan alhamdulillah mak kembali normal.mak demam teruk sampai dehydration dan bila makan dan minum akan muntah sampai perut kosong. kesian dengan keadaan mak aku dan ayah terus bawa mak ke hospital. menurut doktor yang merawat mak ade jangkitan kuman pada air kencing dan sebabkan gula mak yang tinggi tak nak turun-turun. alhamdulillah aku lega bila tau mak akan dapat rawatan yang terbaik untuk mak di hospital.

aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mak, tanpa ayah. dua orang yang sangat menyokong jatuh dan bangunnya aku selama ni. mak la tempat aku mengadu dan bercerita segalanya. mak lebih faham keperluan aku sehari-hari berbanding ayah yang selalu memastikan aku berada dalam keadaan yang sempurna dari segi pakaian dan makan minum. jadi aku nak pesan dekat semua yang masih punyai ibu dan ayah. hargailah sebelum terlambat. gembirakan hati mereka sebelum mereka pergi tinggalkan kita.

maaf entri yang sangat emosi untuk aku.
eira sayang mak


0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS