26 September 2012

i'm back

assalamualaikum.

waktu menulis entri ni terasa sangat janggal bila nak mengarang semula ayat dan cerita dekat blog tercinta ni. bagi yang bertanya ke mana menghilangnya aku selama ni...?

jawapan aku ialah.......


aku sebenarnya tak ke mana pun, cuma kekangan masa yang membataskan aku untuk menulis di sini.blog kesayangan aku.maaf sebab lama tak update. mood hilang entah ke mana.


life.?
tak ada yang menarik. sekarang ni aku sedang meniti hari-hari akhir aku berpraktikal di hospital tuanku jaafar, seremban. seremban...? ya aku kini berada di seremban bagi memenuhi tuntutan akhir sebagai pelajar tahun akhir di universiti kuala lumpur. aku masih seperti dulu. tidak berpunya, hanya milik keluarga sepenuhnya. mungkin lebih baik begini buat sementara waktu. aku hanya mampu merancang. tapi perancangan allah itu melebihi segalanya. doakan yang terbaik buat aku ya.

dan alhamdulillah genap 24 september baru-baru ni aku sudah pun menginjak umur yg ke 2++. alhamdulillah masih diberi nafas untuk melihat kebesaran allah. tapi setiap kemanisan yang berlaku dalam hidup ni,pasti ada yang perlu dikorbankan.apa yang perlu dikorbankan..? biarlah menjadi rahsia antara aku dan allah s.w.t.. dan ianya sangat memberi kesan pada aku. semoga aku lebih tabah mengharungi hari yang mendatang..

nantilah. banyak yang nak diceritakan tapi belum ada waktu yang sesuai. insyaallah. sampai jumpa lagi.

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS