05 June 2012

berhabuknya.

Assalamualaikum dan hai semua.

Maaf sangat-sangat sebab blog ni terabai sejak 4 bulan yang lepas. biasalah kan pelajar semester akhir. sibuk dengan final year project, sibuk dengan report yang menimbun, test exam dan assignment melambak adalah sebahagian daripada makanan aku sepanjang 4 bulan di kolej.

Kesian blog ni. terpaksa diabaikan disebabkan tuntutan belajar yang sangat stress kan aku. sepanjang sem lepas sangat membebankan dan terbeban. Jalan Pasar adalah rumah ketiga aku selepas rumah kg.pandan dan tangga kedua jatuh kepada kolej aku sendiri. banyak urusan yang kena siapkan sendiri. berdikari. susah senang sendiri. stress menggila. Tido tak cukup. makan minum entah ke mana dengan nak siapkan kerja on time. dateline intra. jumpa supervisor setiap minggu. itu adalah rutin aku sepanjang 4 bulan ni. dan alhamdulillah aku berjaya lepasi tahap ni meskipun banyak suka duka yang terpaksa aku tempuh. banyak yang perlu dikorbankan. duit dan masa memang dah banyak dihabiskan sepanjang sem ni. syukurlah walaupun tak berapa nak puas hati dengan projek sendiri tapi perasaan bangga tu tetap ada sebab dah buat yang terbaik dan berjaya sampai ke stage akhir.


Bukan tak ada cerita yang nak diceritakan dekat sini. Tapi melambak-lambak yang nak diluahkan tapi macam biasa, 24 jam tu tak cukup langsung untuk aku menulis. kalau lah ada mesin doraemon nak je aku mintak macam-macam tapi memandangkan non hado aku redho jelah kan. ok lah nak tunjuk sikit final projek aku sem ni. semoga korang semua baik-baik aja ok. sedikit brief tentang projek aku. alat ni dicipta untuk beri kemudahan kepada orang kurang upaya untuk berkomunikasi terutama sekali untuk orang bisu dan pekak berkomunikasi. aku punya projek berkaitan dengan rehabilitation. kata budak medical electronics kan. hahaha



0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS