29 October 2011

Pengalaman present FYP Degree Sem 1

assalamualaikum..

just a quick update from me.

Hari Khamis baru-baru ni adalah hari yang paling mendebarkan dari segala-gala hari yang pernah mendatang dalam hidup aku . sebelum ni aku pernah je present FYP untuk diploma dulu, tapi dia punya nervous kali ni lain siket . memang lain dari biasa . perasaan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata . malam tu memang tak lena tidur, serba tak kena . rasa gugup semacam, berpeluh lebih banyak dari biasa, sakit perut adalah simptom-simptom yang menyerang aku petang tu . nervous system breakdown orang kata hahaha.oklah meh sini nak cerita sikit pengalaman waktu dekat Dewan Gemilang hari tu .

waktu pagi tu semua student dah diingatkan untuk mendaftar seawal jam 2.00petang . tapi sayangnya belum ada FYP committee yang hadir untuk mendaftar kehadiran student dan semua pun terpaksa menunggu untuk daftar nama. dan aku pun tak buang masa, terus balik bilik tunaikan solat zuhur. untuk pengetahuan, seawal pukul 3.00petang tu dah kena register cepat-cepat dan assessor pun dah siap sedia dengan soalan yang bakal ditanya. setiap seorang student dibekalkan kerusi dan meja untuk keperluan assessor . bayangkan semua student ada dalam 180 orang untuk FYP Degree Sem 1 dan semua orang pun ada perasaan yang sama macam aku.

Masing-masing muka dah cuak, dah tak keruan dah aku tengok diri masing-masing terutama sekali rakan-rakan seperjuangan. setiap student akan ada 2 assessor yang akan datang menyoal macam-macam pasal FYP project yang bakal dibuat nanti . dan my lucky number for that day was 145. nampak macam banyak je kan padahal aku antara orang terawal kena serang petang tu. sekali datang assessor dua-dua sekali. boleh bayang tak macam mana cuaknya aku waktu tu? sabar jelah -_-"

memang menggagap jugaklah aku nak jawab tapi alhamdulillah lepas ditanya bertubi-tubi perasaan nervous dah semakin berkurangan bila nampak dua-dua assessor aku seolah-olah faham apa yang aku nak buat untuk FYP nanti. gambaran dah ada cuma markah aje yang tak tahu dapat berapa. memang waktu tu rasa nak cepat-cepat habiskan semua ni. awal-awal tu memang aku rasa cuak jugak tapi bila kedua-dua assessor aku dah mula nak buat lawak aku pun tak terasa sangat stress untuk present slide petang tu. The best assessor untuk aku. sempoi dan sporting habis. Thank you very much Madam Sabrina dan Miss Pusparini Dewi.

p/s: legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. masa untuk siapkan logbook pulak :)

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS