23 July 2011

new semester .

alhamdulillah . saat ni kaki sudah pun berada dalam hostel BMI . walaupun malam tadi macam berat dan malas semacam aje perasaan ni kan tapi gagahkan juga . Tahniah BMI sebab dari tahun ke tahun makin bagus pengurusan untuk register semester baru . Tak perlu bersesak - sesak dah macam dulu . sekarang ni oklah jugak , berjalan lancar .

semester ni aku dapat tingkat 2 lagi . menghadap padang lagi kau . memang syioookkk ah . haha gurau je . line internet pun oklah jugak , dapatlah aku nak update selalu blog ni , tak macam dulu harap wi-fi sini je dan sangat susah sikitlah nak update blog . biasalah kan kata guna Digi , jadi mesti boleh faham macam mana .

walaupun tingkat dua je , korang ingat tak penat ke haa nak memanjat tangga ke tingkat 2 ? huhu barang dah macam orang nak pindah rumah dengan segala macam kelengkapannya memang terbaiklah kan . tapi semester ni aku datang dengan satu azam baru . harap semester ni lebih baik dari semester lepas walaupun jadual kelas huru hara tapi tak apalah , aku cuba yang terbaik dekat sini .

dan yang paling manisnya aku akan menyambut ramadhan di sini , di UniKL BMI tercinta ni . tahun ni tak dapat nak puasa sama - sama keluarga macam selalu , tapi tak apa dengan kawan - kawan pun ok jugak . harap ramdhan kali ni lebih bermakna . lebih menginsafkan . oh ye sebelum terlupa korang dah habis ganti puasa ? kalau belum masih ada masa untuk ganti . tak banyak hari dah tinggal .

ni haa tempek siket baju rasmi BMI



p/s : tu je update kali ni . babai

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS