21 July 2011

10 tips untuk adik - adik yang bakal menduduki UPSR , PMR dan SPM

Hai semua. Hari ni ada tips berguna yang nak dikongsikan dengan adik -adik kita yang bakal menduduki peperiksaan besar tak lama lagi seperti UPSR , PMR dan SPM . Entri kali ni versi sopan dari akak eira ok. Hari ni tak ada penggunaan perkataan aku dalam entri ni , khas untuk adik - adik yang follow blog epalgreen. Entri ni di "request" oleh seorang blogger yang bernama nazman . Terima kasih bro!

Bagi adik - adik yang nak menduduki peperiksaan besar tahun ni , ada beberapa tips cara belajar dari kak eira sendiri yang diamalkan dari zaman sekolah sehinggalah berada di universiti . Kalau nak ikut bolehla ikut ok. Tak nak ikut pun tak apa.

1. Zaman sekarang dah moden , banyak adik - adik yang dihantar ibubapa ke pusat tuisyen. Tapi kalau pergi tuisyen tak praktikkan apa yang dipelajari pun bukanlah satu perkara yang bijak . Bagi kak eira sendiri di kelas tuisyen bukanlah tempat untuk bermain , kalau datang waktu bosan dan tak ada mood kak eira akan pastikan ada kertas dan pen . Tujuannya ialah bila dalam keadaan bosan dan tak faham apa yang diajarkan kak eira akan melukis macam-macam benda dan bentuk di atas kertas tu dan hanya menyalin bulat - bulat apa yang dicakapkan guru. Sekurang - kurangnya ada ilmu yang disalin dan boleh dirujuk kemudian hari . Hehehe

2. Rekod segala perkataan yang diajar guru melalui telefon bimbit . Zaman sekarang pelajar mana yang tak ada telefon bimbit kan?jadi gunakan sebaiknya ok. Kak eira selalu buat waktu pelajaran sejarah dan biologi sebab mengantuk tak ingat punya waktu dua kelas ni. Huhu

3. Kalau boleh setiap kali topik baru yang bakal diajar oleh guru dan tenaga pengajar universiti, kak eira akan sediakan kertas A4 yang dilipat tiga dan akan menyalin segala nota penting dalam bentuk singkatan dan menggunakan perkataan yang mudah diingati. Dan kak eira suka tulis formula-formula penting besar-besar supaya cepat ingat.

4. Belajar secara berkumpulan tetapi digalakkan tidak terlalu ramai . Digalakkan 3-4 orang sahaja dalam satu kumpulan . Kenalpasti subjek dan topik yang adik - adik tahu selesaikan dan saling bertukar - tukar idea dan pendapat bersama kawan - kawan . Dengan cara ni lebih menjimatkan masa.

5. Buat soalan - soalan tahun - tahun lepas dan banyakkan mencari soalan - soalan dari surat khabar dan internet. Kalau adik - adik berkemampuan boleh juga hadirkan diri ke seminar - seminar yang sering dianjurkan di surat khabar.

6. Banyakkan bertanya guru - guru tentang soalan - soalan yang tidak dapat dijawab dan perkara yang kurang difahami. Malu bertanya sesat jalan :-)

7. Dan cara yang ni memang selalu lah kak eira buat dengan kawan - kawan dulu iaitu merekod semula apa yang diajar oleh guru dan selalu mendengar berulang - ulang kali apa yang telah direkodkan tu melalui telefon bimbit . Bila kita dengar secara berulang - ulang kali sedikit sebanyak ada jugak ilmu yang masuk dalam otak kita

8. Kurangkan makan makanan segera di saat - saat bakal menghadapi peperiksaan . asam, jeruk,maggi, makanan ringan , minuman bergas haruslah dielakkan. Kalau boleh banyakkan makan kismis , buah - buahan , sayuran dan vitamin . Yang paling penting minum air secukupnya.

9. Tidur yang secukupnya

10. Sembahyang , berdoa dan bertawakal lah pada Allah. Insyallah kejayaan akan jadi milik kita.

P/s : Tu saja tips untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS