23 June 2011

showdown 2011 , it's gettin' hot in here !

hai korang . apa khabar? alhamdulillah aku sihat cuma ahli keluarga yang kurang sihat sikit terutama sekali mak dan Damia sebab dua - dua orang pun tengah demam sekarang . Maaflah sebab tak dapat nak update blog terchenta ni selalu sebab sibuk sikit menjaga mak dan aktiviti lain . harap - harap dua orang terpenting dalam hidup aku ni cepat sihat . sebab sekarang ni tengah musim demam , lagi kesian dekat Damia sebab dia masih kecil dan belum larat nak melawan penyakit demamnya tu . doa - doakan ye semua . amin . oklah bukan ni sebenarnya yang aku nak cerita . ni nak tanya sikit korang ada tengok rancangan 8tv showdown ?aku pasti ramai anak muda yang tengok rancangan ni terutama sekali yang suka B-boy . hehehehe

pada aku sangat bagus 8tv buat rancangan macam ni . untuk remaja yang suka buat aktiviti yang kurang berfaedah adalah lebih baik dia orang masuk rancangan macam ni sebab boleh menambahkan lagi kreativiti dalam battle dan koreografi . bukan senang nak menari secara berkumpulan . selain tu dapat menonjolkan diri dia orang dalam bidang macam ni serta bertanding secara sihat . mula - mula aku tak berapa nak layan sangatlah kan , tapi bila tengok tiap - tiap minggu perubahan setiap kumpulan memang buat aku terpacak dekat depan televisyen nak tengok aksi battle ni .

pada aku tahun ni semua kumpulan pun tunjukkan prestasi yang mengagumkan . kreativiti yang sangat luar biasa ditonjolkan setiap minggu . tak terkata bila tengok rancangan ni , tak percaya boleh cuba tengok sendiri rancanagan ni pada setiap Rabu jam 9.30 malam . Dan streets Diaries pada hari Selasa jam 11.30malam . Dalam diaries tu kita boleh tengok perkembangan terbaru setiap kumpulan dari segi battle , koreografi dan juga elemen - elemen lain yang dia orang masukkan . Pada aku idea yang dia orang sampaikan adalah sangat segar dan boleh dibanggakan . hehehe . jom kita tengok Top 4 8tv showdown :)



aku suka elecoldxhot . pada aku persembahannya konsisten setiap minggu dan datang dengan idea dan kreativiti yang hebat setiap minggu . aku suka bila tengok mereka ni menari bersungguh - sungguh macam nak menang untuk final pulak . tiap - tiap minggu persembahannya tak pernah mengecewakan . favourite group juri . aku rasa elecoldxhot bakal jadi juara showdown 2011 . sebab dia orang tau apa yang penonton nak . good job guys !



HMC Phlow ni antara saingan terkuat elecoldxhot . persembahan yang sentiasa dinamik dan selalu dipuji oleh Joe Flizzow . HMC Phlow ni kira ada kelebihan sedikit sebab dah pernah masuk showdown dulu . mungkin dia orang lebih berpengalaman di atas pentas dan mereka ni boleh kata versatile lah . untuk minggu magic , dia orang sangat kreatif gunakan tali . hehehe good luck HMC Phlow !



Bounce stepperz pun best sebab dia orang ketengah kan elemen tradisional . haha memang tak masuk akal bila tengok dia orang menari pakai kuda kepang bagai . tapi idea dia orang sangat segar dan terbaekkkk dari ladang wei . semuanya hebat - hebat belaka dan aku rasa minggu depan mesti susah juri nak buat keputusan punya . harap the best group win sebab sebelum ni nampak pihak juri macam berat sebelah sikit terutama sekali pada group Panic . sorry panic , see u next season .


rokusteps ni jela satu - satunya B-boy yang tinggal . dia orang dah ada banyak peningkatan kalau nak dibandingkan dari minggu pertama dulu . menari dengan baik , sangat kreatif . bila termasuk dalam bottom 4 macam - macam style yang dia orang keluarkan . semakin bertenaga dan dinamik . siap agaknya yang menang nanti ? sama - sama lah kita tengok nanti .

2 orang komen:

nas1902 said...

suka ecx!!!perfomance dorang sngt2 besh!ble perform mst ada elemen komedi.so every week mst wat sy gelak..hoho

eira said...

@nas_luv_choc huhu macam tu pulak ye

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS