20 June 2011

Berbowling bersama keluarga Sempena Hari Bapa

hai korang . beberapa hari ni tak dapat nak update blog sebab mengalami kesakitan tangan yang super luar biasa . ni semua gara - gara main bowling hari tu . dia punya sakit tak payah cakaplah berdenyut - denyut je tangan pun tak berapa boleh nak hayun ke sana sini sangat . haahahaha padan muka kan . siapa suruh galak sangat main tak ingat dunia . sebenarnya benda tak pernah rancang pun . ni pun saja nak lepas tension jadi pergilah main bowling . lagipun tak lama lagi ayah ada pertandingan antara jabatan setiap negeri . jadi kenalah praktis untuk panaskan badan .

aku memang suka main - main bowling ni walaupun aku ni memang dah diketahui ratu ke longkangnya . hahaha tapi seronok bila main dengan keluarga ni . dulu waktu kecil mak dengan ayah susah nak bawak kitorang ke mana - mana atas faktor kerja dan badan penat . lagipun waktu sekolah mak dan ayah memang tak galakkan kitorang selalu main bowling ni sebab banyak kena baca buku je . tapi sejak dah makin besar ni , pemikiran pun dah makin terbuka jadi rasanya tak salah kalau nak beriadah bersama keluarga . dekat bawah ni adalah gambar - gambar pemain yang tak professional dan gambar sekitar permainan berlangsung . layaannnnnnn :P



oh ya sebelum tu nak beritahu yang kitorang main ni dekat Flamingo je . boleh laa harganya . 1 game RM6 . kalau waktu happy hour 3 game hanya RM12 pada setiap Ahad - Khamis bermula jam 9 malam . ada yang lagi murah . promosi nya pada hari biasa 5 game RM10.00 saja . siapa yang nak join bolehlah pergi ke Flamingo ni . tempatnya pun tak berapa ramai orang dan lane dia pun tak berapa panjang . sesuai jugak untuk orang yang nak buat training dekat sini .


entah siapa - siapa punya selipar entah . kalau pandai cari yang mana aku punya :P


bola yang kitorang guna . mesti korang boleh agak kan aku pakai bola warna apa . hahahahaha


waktu ni kakak ipar aku beraksi . wah dari gaya ada lah nampak macam pandai main tapi dia pun sama macam aku je ke longkang jela banyaknya . hehehe


waktu ni ayah tengah sibuk usha - usha markah dia . hahaha 


waktu ni dah hari kedua kitorang main dekat sini . hamikkkk kau sakan tak sakan main bowling . tapi memang syok lah sebab kitorang jarang dapat luangkan masa untuk aktiviti macam ni .


sobs . sobs . sikit nau markahnya .


ni pulak markah family aku yang lain . hahaha semua pun terok -terok gak sebab tak biasa main :P

apa - apa pun aku sangat terhibur . terima kasih ayah sebab bawak pergi main bowling . terima kasih jugak sebab selalu bawak kitorang pergi bercuti . happy father's day ayah . we love you :)

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS