18 June 2011

entri malam hari .

hari korang . hari ni aku baru je dapat check group setiap subject untuk semester yang akan bermula pada Julai ni . walaupun tak tertulis lagi lecturer mana yang akan mengajar aku , perasaan nervous tu mesti ada . entah kenapa , tiap - tiap semester pun mesti nak ada perasaan macam ni . ada sebab jugak kenapa aku jadi macam takut semacam bila naik semester baru , sebenarnya aku takut sebab setiap semester kau akan berjumpa dengan muka - muka baru dekat kampus , kawan - kawan satu course kau pulak berapa kerat je sama kelas dengan kau yang lainnya berterabur , berpecah ikut group yang dah tersedia . tak ke haru aku nanti . jujurnya aku susah nak "adapt" benda baru dengan cepat . aku mesti ambil masa banyak nanti :P

semester ni jugak semester akhir aku carry 17 , 18 kredit hour . banyakkan ? bagi yang tak tahu , semester ni aku akan naik ke semester 6 . orang lain yang semester 6 ade yang ambil 14 je kredit hour tapi aku hameekkk kau 17 , 18 kredit hour tu dah macam biase dah . tak boleh nak buat apa dah sebab waktu diploma dulu banyak main sekarang merasa lah kau eira dapat transfer sikit je kredit . sebenarnya berat jugaklah nak bawak 18 kredit hour . setiap kali naik semester subject makin susah dan setiap kali naik semester jugaklah memang aku kusut T____T .

sebab tu bila cuti aku akan manfaat kan cuti aku dengan sebaik - baiknya sebabnya bila dah naik semester baru aku perlu berperang pulak dengan buku - buku yang tak nak kalah tebalnya . dah nama pun pelajar , buku semestinya jadi kawan baik aku . tapi aku bukanlah ulat buku ye . aku mengaku jugaklah kadang aku suka nak belajar waktu - waktu akhir . sebab aku akan lupa bila aku memaksa otak aku hafal nota yang banyak awal - awal . cehhhh alasan kan ?

itu aja yang nak aku luahkan malam ni . sebenarnya tak berapa nak ada idea menulis blog kesayangan ni malam ni sebab dah terketawa berdekah - dekah waktu tengok Maharaja Lawak tadi . I'm Sorry :P

p/s : seronok dapat tengok bulan penuh malam ni .

1 orang komen:

Aty Fared said...

teringat zaman2 belajo dolu..;)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS