15 June 2011

Amalan Diet Rasulullah

hai korang . hari ini ada info yang bagus untuk dikongsikan bersama untuk manfaat kita semua . mungkin ramai yang dah tau pasal ni , tapi aku yang tak tau ni saja nak kongsi ilmu yang aku dapat dari sebuah buku . moga dapat jadi ikutan semua insyallah . Sebaiknya kita ikuti amalan diet yang diamalkan oleh rasulullah s.a.w kerana beliau merupakan insan terpuji dan contoh kepada umat islam . di bawah ni adalah amalan diet yang diamalkan oleh baginda .

1. jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu . Kemudian barulah disusuli dengan makan nasi

2. tidur satu jam setelah makan tengah hari

3. jangan abaikan makan malam kerana dikatakan mereka yang meninggalkan makan malam akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda

4. dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut . ia memberi kesan dalam jangka masa panjang . elakkan makan bersama :

- susu dan daging
-daging dan ikan
-ikan dan susu
-ayam dan susu
-ikan dan telur
-ikan dan daun salad
-susu dan cuka
-buah dan susu

nabi pernah mencegah kita daripada mengambil makanan berasaskan ikan bersama susu kerana dipercayai cepat mendatangkan penyakit . ini terbukti melalui kajian bahawa daging ayam mengandungi ion (+) sedangkan dalam ikan mengandungi ion (-) . oleh itu jika makanan ini bercampur akan terjadi reaksi biokimia yang boleh merosakkan usus .

selain itu al quran juga mengajar kita supaya menjaga kesihatan seperti melakukan amalan berikut :

  • mandi pagi sebelum subuh sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit . air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak
  • rasulullah mengamalkan minum air putih setiap pagi . Mujarabnya insyallah dijauhkan daripada penyakit
  • waktu solat subuh disunatkan bertafakur ( sujud ) sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa . ini untuk mengelakkan dari sakit kepala atau migrain .
  • ahli sains mendapati terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah . dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut
semoga ilmu yang kita dapat hari ni dapat dijadikan iktibar dan dapat kita sampaikan pada orang lain juga . terima kasih kerana membaca .

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS