hai semua . alhamdulillah dah lepas satu paper , Islam Sains dan Teknologi . nak kata susah pun tak , nak kata senang pun tak . 50 - 50 . tapi lega sangat rasa sebab dah hilang satu beban . tapi tak boleh nak relaks - relaks dulu sebab ada 4 lagi paper yang menanti . semester ni memang rasa cuak , sebab 5 -5 subjek susah sangat nak score . oklah ada masa sikit ni dapatlah kira aku update entri
tentangsepuluh hari ni . layannnnn
day two : 10 things you love
- aku ni sangat suka makanan . terutama sekali yang ada cheese dan chocolate mesti aku makan punya . makan banyak - banyak sampai dah rasa tak boleh masuk dalam perut ni . chocolate yang aku makan ni chocolate same je macam orang selalu makan , macam toblerone , cadbury , hershey's , Daim . ni memang kategori feberet aku lah .
- aku suka budak - budak . aku sanggup layan anak buah aku lama - lama sebab sayang punya pasal . siapa lagi kan kalau bukan Hannah Damia . dah nak dekat dua minggu tak jumpa dia . maksu rindulah dekat adik T____T . aku sukakan budak - budak sebab bila tengok muka dorang waktu penat hilang rasa penatnya .
- aku suka tengok keindahan alam . contohnya macam pantai , matahari terbenam , kira bintang dan tengok bulan . bila aku duduk sorang - sorang aku lebih suka termenung sambil tengok bintang sebab rasa tenang sangat .
- aku suka layari internet . selain dari tengok tv , masa aku banyak dihabiskan depan laptop je . main internet lebih kurang je macam tengok tv , macam - macam ada kot . lagipun semenjak sambung belajar ni aku banyak nak kena buat assignment , lab report semuanya kena pakai software dalam laptop ni . terima kasih ayah sebab bagi laptop sebijik heeehuww ~!
- aku suka kasut . paling suka kasut flat dgn vans sebab senang dan bebas nak bergerak ke mana - mana . heels pun selalu pakai tapi kalau nak pakai heels pun tengok waktu jugaklah . waktu kenduri kahwin , jalan - jalan dengan kawan - kawan . tapi tengok tempat jugaklah sebab kaki aku tak tahan sikit kalau pakai heels lama - lama .
- aku suka window shopping . jaranglah aku nak shopping gila - gila . pelik ke ? bagi aku tak adalah pelik mana pun . aku akan beli barang kalau aku betul - betul nak guna sebab sekarang kan tengah belajar , so banyak nak kena simpan duit . lagi pun aku dah biasa di ajar macam ni dari kecil lagi . dan aku jarang meminta - minta melainkan aku terpaksa mintak .
- aku sukakan aktiviti outdoor . aku suka berkayak dan pergi camping . setakat ni banyak jugak aku pergi camping dan yang paling latest aku pergi ke gua gendang . boleh tengok dekat sini . pengalaman - pengalaman macam ni lah yang buat kan aku rasa lebih tenang dan release tension .
- aku suka tengok pemandangan waktu malam . senang cerita aku suka kalau dapat keluar sekali sekala dengan makcik dan kawan - kawan pergi satu tempat waktu malam dan tengok pandangan sambil bergossip sesama sendiri . best oh , masa tengah belajar ni jelah kita dapat nak enjoy dengan kawan - kawan . nanti dah kerja dah tak dapat dah nak lepak sesama .
- aku suka dengar muzik . selalunya aku akan melalak - lalak dan memekak - mekak bila stress buat kerja dekat hostel dan dalam bilik dekat rumah je . aku memang tak berapa nak rajin nak pergi nyanyi karaoke . kalau sorang - sorang tak syok karaoke , die kena reramai baru lah best :P
- aku suka travelling . kalau ada kesempatan memang aku suka berjalan . tapi kena tengok kewangan jugaklah kan . kalau boleh lah aku teringin sangat nak travel satu Malaysia . kalau dah habis travel satu malaysia ni , tempat yang aku nak sangat pergi mestilah Switzerland sebab pemandangan dia yang cantik . selalu berangan nak pergi sana , entah bila nak pergi pun tak tahu lah .
1 orang komen:
Dik, cuba share idea n kata2 peransang untuk student2 yg bakal hadapi upsr n spm tak lama lagi..
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira