30 March 2011

update tercepat dan terpanjang dari biasa .. ceewah

hai semua . apa khabar hari korang hari ni ada ok? aku pulak makin hari makin sibuk . yela sekarang pun kerja dah melambak-lambak sangat dengan presentation , phase test , lab bagai . harap-harap semuanya sihat- sihat belaka . banyak sebenarnya nak cerita dalam blog ni tapi kekangan masa lah sekarang jadi haruslah mengupdate dengan kadar segera sementara dapat berebut lagi wi-fi dengan pelajar-pelajar BMI yang lain . waktu-waktu kena buat assignment dengan presentation ni laa susah sangat nak dapat line dekat hostel ni . memang menghampakan . entah bila nak ok internet dekat sini agaknya . dua minggu yang lepas ada berlangsungnya nadwah penghayatan islam dekat u kitorang ni . memang ada banyak sangat program sebab biasalah kan duduk hostel mesti nak kena kumpul kupon :P , kalau tak kang semester depan kena duduk luar pulak . well aku malas nak duduk luar sebab bila ada lab atau kerja group aku malas nak ke hulu ke hilir . baik aku duduk diam-diam je dalam hostel ni . orang boleh cakap apa je , aku skema ke menda ke aku tak pedulik dah janji kerja aku terurus dekat sini dan tak menyusahkan orang .

oklah kita sambung cerita ye . 15 March hari tu ada busana muslimah dan pertandingan nasyid muslimah . bestlah jugak sebab yang boleh pergi tengok program ni hanya budak-budak perempuan je . malam tu macam macam bakat lah yang terkeluar dari budak-budak ni . ada acara memperagakan pakai ( fashion show ala-ala muslimah ) , pertandingan nasyid dan macam-macam lagi yang menghiburkan . setiap floor penghuni asrama perempuan kena hantar wakil . kelam kabut semua cari pakaian yang sesuai sebab semua pun diberitahu sehari sebelum majlis berlangsung . memang haru biru lah jugak kan . dekat bawah ni ada gambar-gambar sepanjang majlis . layankan aja ok gambar aku dengan kawan-kawan aku . hehehe special kredit to elyana shahrin sebab aku ambil gambar-gambar ni dari facebook dia 


geng-geng budak medic 


dalila :P


bergambar dengan model number 6 :P


model-model yang menang :)

seronok jugaklah kan bila tengok kawan-kawan kena make up bagai , bagi support dekat kawan-kawan walaupun majlis malam tu habis agak lewat tapi kawan punya pasal takpelah kan . waktu zaman belajar ni jelah dapat luangkan masa bersama bila dah habis belajar dan bekerja nanti dah susah nak jumpa dan berkumpul ramai-ramai lagi macam ni . lepas dari program ni kitorg kena pergi gua gendang pulak untuk aktiviti co-q . co-q ni cocuriculum sebenarnya . OPKIM kali ni dekat Pengkalan Hulu , Perak . memang pengalaman yang best sangat sebab masing-masing pun tak pernah masuk gua sebelum ni tapi maaflah gambar dalam gua dan sepanjang perjalanan dalam hutan tak dapat nak ambil sebab hujan lebat sangat sepanjang program dan kita orang tak berani nak bawak kamera sebab aktiviti air .

apa yang menariknya dekat gua gendang ni ye . ? ok lah kita cerita satu-satu lah dari segi tempat , pengalaman semualah ok . kalau korang tanya aku yang suka sangat bercamping ni memang aku cakap best gila lah sebab ni antara aktiviti ekstrem lah yang belum pernah aku cuba . buat pengetahuan korang aku memang dah selalu masuk hutan bercamping dulu dan bila ada aktiviti macam ni dekat kolej haruslah aku ikut serta kan lagi-lagi pergi gua ingat senang ke nak dapat peluang macam ni kan ? kalau dari segi tempat pulak , tempat dia memang semulajadi hijau dan tersangatlah sejuk . udara dah memang nyaman dan jauh sangat dari asap dan perkampungan luar . line hp pun tak ada ok nasiblah korang kalau terjatuh ke lemas ke dekat dalam gua tu hahahaha :DD . pengalaman paling best sekali waktu nak masuk dalam gua tu . dia ade 3 mulut gua tau . pertama sekali gua itik . aku rasa dia dinamakan gua itik sebab kita kena jalan macam itik kalau nak masuk dalam gua tu . kalau berdiri memamng langsung tak lepas lah kan . dalam gua tu pulak ada macam-macam jenis batu tau . batu bentuk binatang , hantu pocong , batu marmar hitam , kristal dan macam-macam lagi .

dan pengalaman aku yang paling menakutkan dekat dalam gua tu waktu ada ular air . pergghh ular air ni memang pandai sebabnya bila kita orang dah mula nak jalan dia pun mula nak mengejar kita orang yang dalam air ni . ape lagi semua pun panik lah kan dengan air yang deras , dengan batu-batu besar yang tak nampaknya , dengan pasir jerlusnya memang mencabar lah . disamping tu kitorang ada jugak jumpa katak baikkk punya besar dekat dalam air tu , macam katak jadian pun ada . ada jugak 2 - 3 orang kawan-kawan aku yang lemas dan dihanyutkan air . penat dia memang tak payah cakaplah kan . kaki dah berat melawan air , belum campur lagi dengan pacat dan lintah yang bapaklah banyak nya dekat dalam dengan luar kawasan air . sabar jelah . banyak jugaklah yang aku kena untuk camping kali ni . kena gigit pacat dekat pinggang , kena gigit dengan lebah waktu berjalan , tangan terkena duri , semput bila naik bukit yang tinggi hari tu , aku memang tak nafikan memang rasa dah tak ada nafas dah waktu tu sebab dengan hujan nya dengan tanah licinnya terpaksa jugak aku redah . memang pengalaman yang tak kan aku lupa lah . tapi aku suka sebab lain dari yang lain . ni antara gambar- gambar yang ada sepanjang program di gua gendang .






p/s : tu aja update untuk kali ni nanti sambung lagi dengan cerita exhibition Islam Sains dan Teknologi pula :)



0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS