23 March 2011

terima kasih tuhan kerana menguji dengan dugaan yang berat

hai semua . maaflah kalau entri kali ni mengganggu atau pun memualkan korang . tak kisahlah apa orang nak cakap aku cuma nak luahkan sikit apa yang terbuku dalam kepala dan hati yang selama ni aku tahan . kenapa entri macam sedih ? memang tengah bersedih pun menahan mata je dari mengalir air mata ni . sejak dua menjak ni banyak sangat perkara menyedihkan yang dah jadi . tahun yang menyedihkan untuk aku tahun ni agaknya. aku pasrah dan berserah sebab aku tahu tuhan ada perancangan yang lebih baik dari yang aku rancangkan . tapi aku sebagai hambanya tak terlepas dari rasa sedih . apa yang boleh aku kongsikan di sini , banyak benda yang dah terjadi yang kebanyakkannya bermainkan dengan emosi dan aku sangat memerlukan tempat untuk meluahkan dan malangnya tak ada siapa yang aku fikir sesuai untuk mendengar dan dari blog ni jelah tempat aku nak bercerita  . banyak yang dah berlaku , dan setiap yang dah berlaku tak mungkin dapat di betulkan semula macam dulu . 


aku gagal menahan air mata bila teringat kenangan lama aku dan dia
aku gagal menahan air mata bila lihat dia gembira dengan hidupnya 
aku gagal menahan air mata bila aku cuba untuk move on tapi semangat berkubur
aku gagal menahan air mata bila aku tau aku dah kehilangan dia

terima kasih ya allah kerana berikan dugaan yang berat ni . seberat bahu yang memikul beban . duka di hati tuhan saja yang tahu . menanggung rindu pada yang tiada . mungkin dah suratan semuanya terjadi . kalau lah aku ada kesempatan lagi untuk perbetulkan semuanya  . moga satu hari nanti kita akan berjumpa lagi dengan izin dariNYA dan sekiranya sebaliknya , mungkin tuhan punya perancangan yang lebih baik . cuba positif kan diri . cuba menyendiri buat sementara waktu , semuanya untuk cari ketenangan yang tak pernah aku miliki selama ni . aku tau ramai lagi yang senasib dengan aku . malah ada yang pengalamannya lebih teruk lagi . terima kasih ya Allah . sesungguhnya aku lebih mengingatimu bila saat susah dan senang , saat suka dan duka , dan saat - saat berlakunya kesukaran . dan aku tahu tuhan sayangkan semua hamba-hambanya . bila diberi sesuatu ujian , tuhan sayangkan kita .


Lihatlah di sekelilingmu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


p/s : rindu :(

1 orang komen:

Mar Yanie said...

be strong dear..ramai lg yg menyayangimu..esp ur family rite..:)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS