06 March 2011

product untuk kulit yang selalu aku gunakan .

hai semua . dah lama jugak kan tak update entri baru . huhu maaflah kekeringan idea pulak cuti-cuti ni . yang benau nye malas nak menaip , sampai ke sudah semua masuk dekat draft tak publish . ramai jugak kawan-kawan yang tanya apa jenis product yang aku pakai lepas tengok kulit muka yang bersih dan suci mulus gitu . cehh ni tipu tak ada lah nak mulus sangat kan . kawan-kawan aku pun tau kot kulit aku ni macam mana rupa . oklah sini aku tunjukkan sebahagian product yang aku guna tak kiralah untuk kulit muka atau pun kulit badan dalam sehari-hari . nak try pun boleh je . aku cerita pasal product untuk kulit muka dululah senang dan korang boleh bandingkan sendiri ok . ceewah . ok dulu aku ada masalah jerawat yang sangat meruncingkan dan sekarang alhamdulillah dah semakin berkurang .

dan sekarang ni kulit dah jadi makin elok dengan bantuan product-product kecantikan jugaklah . mula-mula aku pakai product tia amelia . tapi product ni tak bagus untuk kulit muka aku sebab bila tak pakai pencuci muka dia memang jerawat akan naik dengan melambak-lambaknya . kalau pakai tia amelia ni kena pakai setiap hari , langsung tak boleh nak skip . skip sikit je memang tanggunglah jerawat yang banyak tu dan aku mula rasa bosan bila tengok kulit aku makin kering dan selalu menggelupas di tepi-tepi hidung . waktu tu memang hampa sikitlah kan dan buntu nak pakai product apa untuk kasi elok balik muka ni . terus aku ambil keputusan untuk pakai safi rania gold punya pencuci sebab terasa segar sangat muka dan paling best bila bangun tidur kulit muka aku tak berminyak langsung . sekarang aku pakai gel pembersih wajah safi rania gold . tapi tengok pada kulit muka jugak , tak semua orang sesuai pakai safi rania . dan sekarang kulit muka dah jadi sedikit cantiklah . sikit je k hahahaha :DD . ni pun nak kena terima kasih dekat bedak miyami sebab tolong kurangkan sikit kesan-kesan jerawat . hahaha kantoi . dan malam-malam pulak aku ni jenis suka pakai bedak sejuk tau . bukan yang warna putih tu , tapi yang warna peach tu , tak tau pergi cari dekat mydin . melambak .





lepas guna safi rania ni ok lah jugak kulit muka . tak adalah putih sangat kulit muka macam ni , tapi bolehlah . dah tak ada masalah jerawat tumbuh cuma kena jaga makanlah . aku ni tak boleh makan seafood sikit nanti mulalah jerawat naik . orang kata aku ada resdung , mungkin jugaklah kot sebab aku pun tak pernah buat rawatan resdung sebelum ni . kacang pun aku tak boleh makan sebab takut jerawat naik punya pasal . tapi sekarang oklah jugak sebab dah boleh makan kacang balik . oklah sekarang aku nak cerita pasal penjagaan kulit badan pulak aku dari kecil dah diajar pakai product johnson baby . walaupun sedikit melekit dan tak selesa tapi sangat melembapkan kulit aku yang tak berapa nak cerah ni .oklah jugak sebab bila kulit kering ni leceh sikitlah .




dua ni je aku pakai untuk sebelum dan selepas mandi . aku suka sangat sebab dia melembab kan kulit aku . hehehe . terima kasihlah kepada orang yang menanya , aku tak pakai brand berjenama pun pakai yang mampu milik jela . janji sesuai dengan kulit aku yang suka sangat kering bila duduk dalam air-cond terutama sekali waktu kelas . lepas tu cuaca panas yang diselang selikan dengan cuaca sejuk pulak memang akan naik merah-merah ruam lah . tapi tak apa , semua tu dah tak jadi masalah dah sekarang . tu aja nak kongsi hari ni . nanti ada masa update lagi .



7 orang komen:

Fariza said...

patutlah kulit makin cntik.
kalah aku.
wiwit. makin putih melepak :))

Nadhirah AR said...

sesuai untuk semua jenis kulit ke ?

Cik Yana said...

Cik Yana tak boleh pakai Safi, kalau pakai Safi mesti naik jerawat muka. Pakai Garnier je ok, yang lain sume hampeh. Hahaha~ Kulit semua orang tak sama. Tapi untunglah awak boleh pakai Safi. Jimat sikit da la awet muda :)

eira said...

@Farizathanks dear

eira said...

@Nadhirah-chantak juga..ade yg xsesuai

eira said...

@Cik Yanahehe..thanks cik yana :)

ASYIKINJAMALUDIN said...

wow !! ..
makin cnteklah awak skrang ni ekh ..
but .. sbelum nie pakai tia amelia dh brape tahun ?? sbb sye pown gune tia amelia jgak ..
cume skrang ni nk brhenti jer gunenyew ..
kalo bleh nk try safi rania plak ..

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS