01 March 2011

some love stories..live forever



hai semua . hari ni ada masa sikit nak update blog jadi cepat je tangan ni nak menaip . siapa-siapa yang minat cerita hindustan macam aku ni mesti dah biasa dengan tagline-tagline sesebuah filem hindustan kan? alaa macam cerita Mohabbatein ni tagline dia some love stories live forever . macam aku ni layan jugaklah cerita hindustan ni kan biasa lah dalam hati ada taman kot , bukan taman astakona ke apa ye pangg sedas aku bagi kang haha . aku ni jenis yang susah nak percaya cinta sejati tu ada . tapi bila aku tengok cerita Mohabbatein ni , tak mustahilkan ada love story yang sejati cewah . layankan aja lah ok . cinta pada aku satu perasaan yang boleh merubah hidup seseorang . bila kita rasa disayangi dan menyayangi dunia kita serta merta berubah kan? untungkan ada perasaan macam ni? dulu aku ada perasaan ni , tapi sekarang tak lagi . mungkin bukan jodoh aku , atau lebih senang kata jodoh aku belum sampai . tapi apa-apa pun aku nak berterima kasih sangat-sangat dekat si dia , sebab ajar aku apa makna cinta . aku bahagia , sangat bahagia . dia cinta aku dari zaman persekolahan . sukar nak terima semua ni , tapi aku percaya ada hikmah semua ni . 

tak salah kan kita nak jatuh cinta , bukan dengan syarat orang yang kita cintai mencintai kita sebagaimana kita harapkan . macam aku , aku masih sayangkan dia walaupun aku tau aku tak mungkin punya peluang tu lagi , dan tak mungkin dia cintakan aku macam dulu sebagaimana aku cintakan dia lagi  . tapi kami tetap berkawan walaupun tak serapat dulu . bukan aku tak nak berubah , tapi aku sangat bahagia dengan cinta dia . kalau lah dia tahu kan .. , tapi dia tak kan tahu pun sebab dia bukan baca pun blog aku ni haha :DD . aku cuma harap satu hari nanti aku akan ditakdirkan berjumpa dengan dia lagi , walaupun just once . aku tak tahu nak cakap apa tapi dalam hati ni akan bahagia bila tengok dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang . cinta tak pernah bersyarat , sumpah aku rindu dia .

tapi aku tahu , sampai bila aku nak macam ni kan . aku kena terima ketentuan yang dah ditetapkan walau perit macam mana pun , ni lah kehidupan . ada masa kita boleh dapat apa yang kita nak tapi tak semua yang kita nak boleh kita dapat kan . macam tu lah juga cinta . banyak yang aku belajar selepas perpisahan ni . betul kata-kata ni . kita hanya perlukan seminit untuk menafsir seseorang , sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tapi perlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang . Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata : aku turut bahagia untukmu . kata-kata ni ada benarnya , untuk orang yang pernah lalui perasaan macam ni pasti tahu rasa ini .

untuk awak yang sedang jalani hidupmu seperti biasa , tahniah kerana telah berjaya melenyapkan perasaan tu tanpa saya . saya sentiasa doakan agar awak baik-baik saja di sana . dan ingatlah , seandainya awak memerlukan seorang teman saya akan sentiasa ada di sini . best friend , FOREVER ......

4 orang komen:

Atiqah Adnan said...

semoga Allah sentiasa berikan cinta yang berhak awak miliki dear.. doa selalu k..
akk suke mohabbatein.. lagu dia best! hee~

eira said...

@Atiqah Adnanthanks sis :)

elyana said...

waaahhh! cuti2 lyn industan ea?
hehe

eira said...

@elyanaalaaa nana pn nk join ke?

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS