22 January 2011

serangan monyet dekat hostel

hai semua . ni nak cerita sikitlah pengalaman aku sepanjang duduk hostel semester ni . nak tergelak pun ada . takut lagilah ada . monyet kot , bukan yang jinak punya tapi yang rakus lah orang kata . jangan buat hal ye , monyet dekat hostel tu dah lah besar + bijak-bijak lagi . lepas ni dah boleh kau main dengan monyet tiap-tiap hari eira oiiii ~! HAHAHA .


cerita dia lebih kurang macam ni . malam Khamis lepas aku dengan roomate aku , dalila tidur awal sebab kes ada kelas keesokan paginya . kelas Islam Sains dan Teknologi , sejam je kelas tu . tapi masing-masing memang dah bajetlah nak tidur awal . konon tidur awal bangun awal lah tapi masing-masing hampehhhh . bercerita pasal bilik pulak , kita orang punya bilik ni special sikit sebab boleh nampak clear hostel budak-budak laki , dan memang budak laki pun boleh nampak kita orang dengan clear nya bila dia orang berjalan balik dari kelas / keluar . dan double bestnya laa kan dekat sangat dengan tong sampahnye . sadis kau T_____T . kita orang memang terpaksa lah biasakan diri dengan bau-bauan yang menusuk kalbu tu . bila waktu hujan lagi nyaman bau dia :( . dan malam tu , kita orang dengan tak sengajanya tidur bukak tingkap , sebab bilik dah berkuap dan panas . apa lagi berlaku lah insiden dengan monyet ni .


pagi tu dalila yang bangun awal . lebih kurang macam ni lah waktu kejadian . Dalee kata waktu pagi tu dia dengar ada bunyik . bunyi orang kacau air . kebetulan aku memang letak mug dengan sudu atas meja belajar aku .


sangkaan dalee : buat biasa lagi sebab ingat aku yang bangun awal buat air


lepas tu si dalee dengarlah pulak bunyi tingkap kena bukak . dia dengan peliknya pandang tingkap tu sebab dia fikir apa pulak aku buat dengan tingkap tu kan . sekaliiiiii (dialog dia lebih kurang macam ni ) ....


dalee (panggilan pertama) : eira , bangun .... monyet masuk bilik kita !


aku : masih tak bangun lagi sebab tidur mati . huhu :DD


dalee (panggilan kedua) : eira bangun , MONYETTTT!!!!!!


aku : masih lagi tak bangun mungkin suara dalee slow sangat kuikuikui


dalee (panggilan ketiga) : MONYETTTTT!!! 


aku : terus terjaga . dalam pada mamai-mamai tu aku tanya dalee . mana? mana monyet ?


dalee : dia dah naik atas tingkap ko lah ngok , siap dia bawak lari susu hi-goat kau . kau tak dengar ke aku panggil kau?


aku : serta merta gelak , sambil tanya roomate aku balik . apa ke benda dia amik? hi goat ? HAHAHA aku sambung gelak sambil dalee cerita macam mana dia panik tadi .


aku ada jugaklah takut-takut waktu nak pergi ke tingkap tu , tapi aku buat jugaklah sebab nak tengok betul ke apa yang roomate aku cakap . sekali betul laa . dia amik dua packet susu hi-goat aku . memang aku dengan dalee perabis ah ketawa kan . kalau korang nak tau , susu hi-goat ni panas tau . dia memang melancarkan sistem dalam badan kalau kita amalkan meminumnya setiap hari . dan aku tak tahu lah apa jadi dekat monyet tu bila dia habis makan hi-goat tu . yang kelakarnya kan monyet tu boleh patah balik sambil bawak sepacket hi-goat yang dia curi tu . HAHAHAHA .


roomate aku pulak perabis cakap , dia nak tengok monyet mana yang menggelupur panas sebab hi-goat tu . tapi kita orang langsung tak jumpa monyet dah lepas tu . memang bikin gelak jelah hari tu . aku tak dapat bayangkan kalau monyet tu ada waktu aku bangun pagi tu . mau aku menjerit mintak tolong sambil tak bangun langsung dari katil double decker tu . HAHA . semester ni memang banyak kali jugaklah jumpa monyet . tapi dulu tak ada lah banyak kali sangat . tata nanti update lagi .

14 orang komen:

Mohd Ridhuan said...

monyet2...
hehehhehe

~naddy~ said...

haha~~ lain kali kunci tingkap bkn tutup tingkap saja, :)

alizan75 said...

hahaaaa...
monyet pun dah pandai minum susu hi-goat
nak jaga badan kot...hahaaa

eira said...

@Mohd Ridhuanhehe :P

eira said...

@~naddy~tingkap tu memang tak boleh kunci sebab dah rosak..so boleh ttp je :)

eira said...

@alizan75mungkin kot :P

cik bahulu oren said...

monyet suka rampas mknn org T__T

✿....rossa alina....✿ said...

hahahahaha..pasni jgn lupe tutup tingkap tau..jangan main tido je..

Faizal n Fashitah said...

kene serang monyet.. bahaya tu huhu. anyway, saya dah buat entri pasal header awak. Checkidout! XD

Heidi Shafiq said...

mesti monyet tu dh serik kan.. hahahaa..

eira said...

@cik bahulu orenhuhu tau xpe

eira said...

@✿....rossa alina....✿ok2..thanks 4 ur concern

eira said...

@Faizal n Fashitahtqvm bro :)

eira said...

@Heidi Shafiqxprnh serik pun..selalu je ade dkt hostel ni huhu :P

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS