1. SE Tumbler
ni antara kelebihan aku minum air dari bekas minuman ni .
- mendetosifikasikan badan dengan lebih berkesan.
- mencantikkan kulit wajah.
- mengekalkan kepekaan .
- membebaskan diri dari sembelit.
- menyerap khasiat daripada makanan dan suplemen dengan lebih baik.
- menikmati kesihatan keseluruhan yang lebih baik.
- merasai pencetusan kecergasan
memang aku akui . aku dah kurang kena sembelit . sebab aku ni jenis yang kalau tak membuang dua tiga hari boleh buat sampai demam . tapi alhamdulillah sekarang dah tak ada masalah dah . kalau nak minum air dari botol ni senang je . mula-mula masukkan air dan biar selama 20minit . lepas 20 minit , minum dan akan rasa tindak balasnya . kalau orang yang ada penyakit dalam badan dia , mula-mula minum dia akan rasa mengantuk dan sengal-sengal badan . lepas guna setiap hari lama-lama badan akan jadi macam biasa . air ni kiranya nak membantu kita buang toksin yang ada dalam badan dan bersihkan air kencing . nak cuba boleh pergi tengok katelog cosway , rm75 je :)
2. susu hi-goat
oklah . gambar dekat dalam ni macam banyak sangat pulak kan . sebenarnya aku tak adalah sampai makan satu set produk hi-goat ni tapi aku minum susu dia je . waktu mula-mula aku minum susu ni bau dia memang hanyir ah . yelah bau kambing kot , erggghhh siapa boleh tahan ~ ! tapi terpaksa tahan jelah kan sebab ayah yang beli suruh minum . kalau ayah dah cakap , semua orang tak boleh bersuara sebab maknanya itu keputusan muktamad dan mutakhir . nak tak nak satu rumah kena minum . tapi kalau tak salah aku yang paling banyak minum dan habiskan sebab semua pun tak boleh tahan hanyir dia . awal-awal tu , memang lepas minum mesti nak kena ada gula-gula atau pun cokelat sebab hanyir gila-gila la kan bau dia . tapi lama-lama dah biasa dah , minum dengan lajunya . huhu . aku ni suka jugaklah minum susu , sebab tu aku gemok HAHA . susu ni pun banyak khasiatnya . aku kena jaga kesihatan dari sekarang , takut penyakit keturunan sampai dekat aku pulak . harga sekotak susu ni tak ada lah mahal mana , rm36 je paling mahal pun . tapi aku dapat rm30 je sebab beli dekat officemate ayah hehe :DD jom tengok apa khasiat susu hi-goat ni .
- Sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu.
- Kaya dgn Protin,Enzim,Mineral & Vitamin yg penting untuk kesihatan dan mengcergaskan otak kanak2.
- Menolong mencegah kanser,gastric,ulser perut,deman kuning,asma,sukar tidur,migraine,masalah buah pinggang,awet muda dll.
- Menguatkan sistem imunisasi paru-paru.
- Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah dan kolestrol.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Menguatkan tulang,otot,sendi dan tisu(kalsiumnya yang tinggi)
- Tiada bahan Awet,Pewarna dan Bahan Tambahan.
- Bau yang menyenangkan dan organik.
ada jugak vitamin-vitamin yang aku ambil untuk kecergasan minda dan otak tapi belum ada idea nak tulis apa . tata ada masa update lagi .
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira