21 January 2011

'Saya Pelajar Unikl-BMI'

assalamualaikum pembuka bicara . hari ni macam nak sertai apa yang telah disediakan oleh blog pilihan malaysia . jadi entri ni kena banyak serius . hehe . sebagai pemanis bicara mari aku kongsikan link yang boleh kita manfaatkan bersama . maksud manfaat dekat sini ialah berkenal-kenalan sesama rakan blogger .


segmen untuk kali ni ialah segmen Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Swasta .
boleh klik untuk sertai .

Bagaimana mahu join?

Sila buat satu entri yang menarik untuk di baca. dalam entri tersebut harus ada:
  • Link entri blog ini.
  • Tajuk entri 'Saya Pelajar MMU" (gantikan nama universiti anda belajar)
  • Gambar anda bersama rakan kelas, sekurang-kurangnya sekeping.
  • Nyatakan anda belajar di universiti mana? kursus apa? bila masuk dan bila akan tamat belajar?
  • Ceritakan pengalaman pahit manis anda semasa belajar yang anda tidak boleh lupakan.

------------------------------------------------------------------------------

ni adalah gambar-gambar yang aku pertaruhkan . banyak sangat memori dekat sini , walaupun baru beberapa tahun bersama . kawan-kawan adalah segala-galanya bagi aku , walaupun banyak suka-duka yang silih berganti . kawan-kawan tetapi di sisi .




waktu ni hujan memang lebat . tapi majlis tetap berjalan seperti dirancang walaupun lebih awal dari tarikh yang ditetapkan . waktu ni semua pelajar diwajibkan buat satu event untuk subjek Quran Sains Moden . waktu ni memang semua keletihan , sebab pagi memang penuh dengan kelas manakala sebelah petang pula di isi dengan event ni . alhamdulillah sambutan sangat-sangat menggalakkan walaupun hujan . kenangan paling manis sebab semua budak kelas medic berkumpul untuk jayakan program ni .



oklah , di UniKL-BMI atau nama penuhnya Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute ni , aku mengambil jurusan Bachelor Of Technology in Medical Electronics Engineering . aku mula masuk belajar pada 3 Januari 2010 . dan bakal menamatkan degree pada penghujung tahun Disember 2012 . senang cerita kira 3 tahun lah aku dekat sana lepas dah di tambah tolak darab bahagi kredit transfer semua . hehe :) bidang yang aku ambil ni banyak sangat kaitannya dengan mesin-mesin hospital . seronok , sebab aku rasa lain dari yang lain jurusan yang aku ambil ni  . walaupun pada mulanya aku tak minat sangat tapi lama-lama lepas tu aku mula jatuh cinta dengan bidang ni . sebab kalau diteliti balik , besar sebenarnya tanggungjawab yang bakal dipikul bila waktu bekerja nanti . hidup dan mati seseorang berdasarkan kepakaran kami membetulkan mesin kesihatan manusia . huhu T_____T


banyak sangat kenangan manis . aku belajar banyak benda dan aku dapat kenal ramai kawan dekat sini . dekat sini macam-macam orang dan macam-macam ragam manusia kita boleh kenal , secara tak langsung mendewasakan aku dengan keadaan sekeliling . kenangan paling pahit yang tak dapat aku lupakan mestilah waktu dekat dalam lab . benda-benda meletup memang perkara biasa terjadi dekat sini . bahaya tu tak payah cakaplah kan , dekat mana-mana tempat pun ada aku rasa .

sekian . harap entri ni diterima :)

6 orang komen:

Mohd Ridhuan said...

all the best...

ajiem said...

waaaaaaa..... (^_^)

THE shazwani said...

salam ;)
saya berminat dgn course medical electronic ni.kalau boleh nak tahu lagi pasal UniKl & medical electronic ;) boleh bagi FB x?thanks :)

Amanina Subri said...

thx info sy dpt unikl bmi tau!buat diploma dlm bidang jutera teknologi dlm.. telekomunikasi..sy sbnrnya takut nk terima cos ni sbb tak tau minat ke tak...tu laa nk mntak tlg tnya mmber2 yg ambil cos niiii...uni ni jaga ta kebajikan pljar...kalu nk tukar cos blh ta sbb sy dah byar pndhuluan..huahuahaua

zazagaz said...

Salam,

Anak saya ditawarkan kursus Dip Medical electronics. Bila baca blog anda saya rasa lega sbb program ni mmg berpotensi besar utk masa akan datang.

Syabas & saya doakan agar anda berjaya.

Firash Amsaq said...

salam...syaa berminat nak sambung study kos ni..nk tahu details pasal bidang ni..so macam mana sekarang dah graduate kan?

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS