07 January 2011

sentap nye laa hai bila baca entry dia ni.

assalamualaikum . selamat hari jumaat semua . pagi ni sejuk , nyaman je . mungkin sebab semalam hujan lebat tu yang jadi sejuk je kan , memang mengundang dengkuran je . hehe . ok lah nak cerita ni . semalam aku blogwalking , macam biasalah aktiviti harian aku . mula-mula tu memang aku seronok je lah kan blogwalking sana sini sampai lah aku terjumpa satu blog ni . tetiba muka jadi ada panas sikit sebabnya ? aku pasti kau orang juga ada membaca entri ni juga dari blogger-blogger lain . korang sendiri boleh baca dekat SINI untuk kepastian lebih lanjut . sejujur-jujurnya aku mengagumi gaya penulisan blogger ni . memang best lah setiap kata-kata yang dia tulis dekat ruangan dia tu tapi bila terbaca entri dia yang satu ni tetiba aku ada rasa sedikit SENTAP ! aku pun terkena dan terasa tempiasnya sebab aku juga seperti gadis-gadis atau wanita-wanita lain , yang memakai tudung . aku pasti memang traffic blog dia tinggi sangat untuk entri tu , wow syabas!

ok ni pendapat aku . pendapat saja ok bukan nak gaduh ke apa ke . pada akulah , tak salah dia nak menegur , tapi kita sebagai blogger tak lepas juga dari buat silap macam manusia lain . silapnya dia sebab dia masukkan gambar dalam entri tu . gambar seorang blogger terkenal , Fatin Liyana walaupun dia dah remove lepas Fatin Liyana bagi komen dekat entri tu dengan menggantikan model tudung Fareeda . apa first impression kau orang bila baca entri tu ? aku bersimpati dengan fatin liyana , tapi bagusnya dia tak mudah nak melatah , melenting tak tentu hala . mesti sebelum kita post satu-satu entri kita akan fikir banyak kali kan nak letak gambar macam blogger di atas . dalam entri yang sangat panaslah jugak sebab tu sensitiviti semua pihak perlu dijaga . tak kisah kalau nak menulis , tulislah sebanyak mana kau nak tapi kita ni hidup di negara bebas , tak bolehlah kita nak hentam sesuatu perkara ikut suka hati kita . ramai kot orang bertudung , dan aku akui banyak juga Pro's and Con's nya dalam entri dia tu tapi beragaklah kan jangan sampai mengaibkan orang . kita patutnya tafsir diri kita juga  . kita memang berhak suarakan apa yang kita rasa tapi perlu mengira sensitiviti dan privasi orang lain juga . siapa kita nak menilai seseorang hanya dari segi pemakaiannya , perwatakannya kan ? wallahualam . hanya Allah sahaja yang mampu menjawab segalanya . aku paling nak tergelak baca ayat dia dekat bawah ni . apa sebenarnya motif dia cakap macam tu  ye ?

    Aku ada ramai kawan sebegini. Aku tak marah. Cuma berkali saja kalau di petik pasal topik sebegini. Yang aku berulang-kali cakap, "Nak berfesyen boleh, tapi biar berpada". "Nak pakai skinny, legging boleh, tapi jalan jangan KENGKANG

Satu sahaja nasihat aku pada gadis-gadis di luar sana . Jagalah tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, kita mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen dakwah melalui pakaian kita .


2 orang komen:

Haa Fakihah said...

tulah peliknye dia kan. pongpang ckp xsuke, las2 pkai legging boleh. aiseh shawl xleh plk. hemm.

hani apandi said...

kesian kan ngan fatin liyana, huhu

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS