hai semua . lambat sikit update entri hari ni sebab tengah sibuk dengan pendaftaran semester baru hari ni . alhamdulillah semuanya berjalan lancar pagi tadi walaupun hujan lebat tak hingat ditambah pulak dengan jammed yang superrrbbb . tapi tak apa aku suka waktu sejuk-sejuk menggalakkan lagi proses dengkuran waktu pagi haha . pagi tadi ayah yang drive yelah sebab kereta ayah tak kan aku pulak nak drive kan . dapat pulak ayah nak bagilah sangat aku drive kereta dia tu haha :DD . awal-awal pagi dah keluar rumah sebab tak nak bersesak dekat tempat nak daftar tu , tapi tadi mula-mula pergi hantar mak dekat HUKM . mak pergi jumpa doktor kulit . dah sampai tu memang best ah kan . laju je pergi daftar , orang tak ramai lagi sebab tengah hujan lebatkan . dan disebabkan tu proses aku nak daftar pun jadi lebih cepat . waaaaahhh sayang lebih ar cam ni . haha :DD terima kasih ya Allah kerana mudahkan segala urusanku .
lepas dah daftar tu dalam keadaan tengah hujan tulah aku mengambil langkah yang sangat pantas . haha skema gila ayat kau eira , aku pun pergilah call ayah cakap suruh pergi ke kawasan hostel aku . semangat tak? semangat tak . bestnyalah perasaan aku waktu tu bila dapat jumpa kawan-kawan aku yang dah sebulan tak jumpa tu . haha rindunya bila dia orang melambai-lambai dekat aku tadi . nak lagi bestkan , kita orang punya bilik dekat-dekat je , jadi bolehlah main kejar-kejar lagi , sorok-sorok selipar , jadi hantu bedak sejuk , buat prank birthday party dan makan McDonalds sambil bergossip alahai sukanya . seronok jugak duduk hostel sebenarnya . bila kita sedih ke banyak problem ke kawan-kawan lah tempat kita nak bercerita . dia orang pun ada cerita-cerita dia orang juga nak dikongsi . tapi paling syok waktu nak habis satu-satu semester semua dah masuk air , kepala pun dah jammed agaknya tu yang semua ada je nak buat . tunggu jelah saat-saat akhir dekat hostel tu . haha .
semester ni aku duduk dengan kawan satu course aku jugak , si Dalilah a.k.a Dali . dia ni memang senget sikit tapi dia lah kawan aku yang paling best . paling cool . sebab nye dia tak kisah pun orang nak cakap apa pasal dia yang penting dia memang rock habis . kalau dia tak ada tak gelak lah aku . dapat pulak sorang lagi kawan aku yang kepala gila-gila jugak , si Idriah . wakaka memang best ah gabungan dua gadis pingitan ni . tapi dua orang ni memang kawan baik aku dekat universiti nun . satu yang aku suka dengan dia orang ni . waktu main , main . waktu belajar , belajar . dan dia orang ni tak kedekut ilmu . selalu ajar aku bila otak aku ni kadang-kadang datang jugak bengap nye haha :DD . ada 3 kelas sama dengan dia orang ni . jadilah dari tak ada langsung . untuk penghabisan entri ni aku masukkan video si cantik manis anak buah aku , damia yang baru nak pandai mengagah untuk tatapan semua . enjoy
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira