hai semua . lambat sikit update sebab kerja sekolah menimbun-nimbun terutama sekali kerja sekolah signal system . banyak tak hengat punya tutorial yang cikgu bagi dekat sekolah . dah la cikgu tak masuk mengajar seminggu . sian kelas aku jadi mangsa dan mangsa keadaan nye dah tentu-tentulah aku . sian tak . sian tak cakap kesian cepat huhu . maaflah terlebih hyper sikit lepas buat separuh tutorial signal yang lecturer bagi semalam . bajet-bajet nak siapkan sebelum cuti hari minggu ni sebab nak rehat puas-puas dengan bonda dan ayahanda tercinta . malam ni nampak gayanya kena sambung lagi siapkan tutorial signal ni .
p/s : comel kan menatang ni . hehe
tadi check-check comment dekat blog ada seorang blogger ni mintak tolong buatkan shoutbox icon untuk shoutmix dia . dia minta tolong aku buatkan gambar pocoyo untuk shoutbox dia . sebelum ni pun ada permintaan untuk buatkan shoutbox domo dari seorang blogger perempuan yang aku sendiri pun dah lupa apa nama dia . terima kasih kepada Melisa dan seorang blogger atas permintaan tu . tapi eira nak mintak maaf buat masa ni eira sibuk sikit dengan mini project dengan electrical workshop dekat hostel tercinta ni . assignment pun tiap-tiap minggu makin bertambah . nanti ada masa insyallah eira buatkan . dan kalau boleh untuk blogger-blogger yang nak berkomunikasi dengan aku bolehlah emailkan ke apa-apa soalan atau pertanyaan ke email aku ni teruterubozu_inc@yahoo.com . segala pertanyaan insyallah akan dijawab secepat mungkin , tapi pertanyaan yang relevan je aku akan jawab ye . rasa-rasa macam nak buat formspring me pun ada . korang rasa agak-agak perlu ke ada formspring ni ? need your feedback :)
sebenarnya aku dah tau lama formspring me ni . cuma aku belum nak buat account sebab rasa nanti akan ada banyak soalan di luar jangkaan yang akan di tanya . aku jenis yang tak suka campur adukkan hal peribadi dengan pelajaran . tapi tengoklah nanti macam mana . doa-doalah banyak-banyak mana tau terbuka hati ni nak buka account haha :DD . bukan nak kata tak ada komitmen nak jaga blog dengan formspring me ni , tapi aku sebenarnya banyak jugak benda lain nak kena disiapkan setiap hari dari menjawab segala pertanyaan yang bukan-bukan . kadang-kadang kita memang tak boleh nak duga kan apa akan jadi keesokan hari dan aku manusia , bukan robot yang boleh bekerja 24 jam . aku pun nak ada masa untuk diri sendiri jugak .
bye , ada masa update lagi :)
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira