20 January 2011

kesian sayang maksu ni..demam

hai semua . hari ni tak ada apa sangat pun yang menariknya . cuma nak cerita sikit lah apa jadi hari ni kan . semalam lepas dapat tau kelas signal lecturer tak ada , aku dengan seberapa pantas cabut balik rumah . punya lah cepat-cepat nak balik konon-konon semangat nak jumpa mak dengan ayah lah kan . sekali balik-balik je rumah kunci . ape kesssss? sekali call abang aku dia bagi tau dia bawak mak , akak ipar dengan damia pergi HUKM . dalam hati ada cemas jugaklah kan . siapa pulak sakit ? ni haa siapa lagi kalau bukan budak kesayangan semua orang dalam rumah ni . hannah damia . nak dijadikan cerita , damia ni berjangkit demamnya dengan mak aku . kalau dah demam mestilah complete set ada batuk , selesema dengan kahak kan . rupanya abang bawak dia pergi HUKM sebab nak sedut kahak damia . dia macam termengah-mengah dan sesak nafas sikit semalam . bila mak dengan ayah dia tengok dia dah macam semput dan susah nak bernafas dia orang pun bawaklah pergi hospital . dekat bawah ni saja aku tangkap gambar damia yang tak berapa nak sihat lagi lepas balik dari hospital semalam . sian sayang maksu ni , demam . gambar ni di ambil pagi tadi , sebelum aku keluar dengan ren .


waktu ni damia pegang je tangan aku . dia macam nak nagis jugaklah tapi ayahnya kata kalau dia nangis buat bunyi motor " vroooooomm " terus damia tak nangis dah . waktu ni damia batuk kuat sangat sampai terkentut-kentut dia bila batuk . lepas tu mata dia berair-air . kesian maksu tengok adik . nak cakap tak reti sangat lagi , jadi dia pandang jelah muka aku tadi .



sorry gambar tak berapa nak clear handphone tak mahal memang macam ni T___T . damia tak nak lepas pun tangan aku . dia pegang je macam nak suruh aku teman dia . heehee comel . waktu ni dia asik jolok-jolok jari dalam mulut dia . aku ingatkan kenapa lah kan sekali dia asik duk jolok-jolok tang gusi bawah dia . aku rasa damia demam ni sebab nak tumbuh gigi bawah . tadi tengok memang nampak ada keluar sikit gigi dekat gusi bawah dia . 



pandai ye . demam-demam pun nak buat pose comel lagi . ni yang buat maksu rindu adik je nanti . serius memang aku rindu budak kecik ni dekat hostel . terngiang-ngiang aku agah-agah dia . lagi gembira bila dia ketawa mengekek bila aku agah dia . sedih maksu nak tinggal adik tau . walaupun boleh kata tiap-tiap hujung minggu kita jumpa :DD . aku memang suka budak-budak . lagi-lagi kalau budak-budak yang bulat dan montel ni . memang rasa nak picit-picit je . isk nasib kau anak buah aku , kalau anak aku dah lama aku gigit-gigit pipi . hehe :DD



waktu ni dia dah ceria sikit , walapun masih terpampang muka tak sihat dia tu . malam tadi dia nangis je , mungkin sebab tak sedap badan lagi . budak comel ni memang susah sangat bila nak makan ubat . dia punya nangis macam kena dera . tapi kalau dia dah kenyang dia tak banyak ragam pun . berak pun tak nangis . hehe . damia ... damia maksu sayang adik . semoga cepat sembuh ok :) dekat bawah ni ada video dia dengan tok wan dia . layankan je ok . terima kasih sebab baca entri ni . tata nanti update lagi


2 orang komen:

afiQah ismaiL said...

alaaa ciannye die .
btw sangat2 comel .
tembam pipi tuu . hee

Myra said...

jalan2 singgah sini.
eh2, nama kita sama la :)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS