02 January 2011

bukit gambang resort city - part 2

hai semua . hari ini mood aku sangat baik dan badan tak sakit-sakit lepas seronok sakan bercuti . jadi jom kita sambung cerita bukit gambang dari entri semalam . bagi yang terlepas boleh tekan link gambang untuk imbau balik kenangan lama aku di Gambang . lama lah sangat kan? padahal baru je semalam balik dari bercuti . nampak sangat eksited lebih aku ni . huahua . dekat Gambang ni boleh tahan lah jugak sebenarnya . nak kata boring tak boring sangat , nak kata tak boring pun tak adalah boring sangat . sedang-sedang aje . mungkin sebab tempat ni baru je dibuka jadi orang pun tak ramai tau tempat ni . tapi yang benarnya aku lagi suka orang tak ramai sebab tenang sikit . tak ada lah nak kena beratur panjang nak main waterpark dekat situ . okey ni gambar-gambar sekitar waterpark nya . aku tak sempat nak tangkap banyak sebab dah terlebih semangat nak main slide dekat situ hehe .


ni bangunan waterpark tu


ini pulak trademark pintu gerbang waterpark tu .


antara permainan yang ada dekat situ


banyak pengunjung kanak-kanak dari orang dewasa sebab tengah cuti sekolah waktu ni .


keseluruhannya boleh tahan lah waterpark dia sampai sempatlah aku tergolek-golek jatuh dekat salah satu tempat permainan dia . habis siku-siku aku luka main kat sini . haha kira tinggalkan kesanlah dekat sana . luka sikit je . kalau nak tau masa nak main dekat waterpark ni hujan tengah renyai-renyai . aku dengan abang dan kakak ipar aku selamba badak je redah . bajet nak cuba semua permainan . last-last lepas cuba 3 slide yang ada dekat situ hameekkk kau , pancit habis tiga-tiga . haha memang seronok ah dapat main air . sampai lupa dah 3 jam main dekat sana . 3 jam? apa lah sangat kan . dasar perangai kebudak-budakan masih menebal dalam diri . dekat situ ada juga yang main bola tampar . tapi tempat terhad lah . tak besar mana pun tempat main bola tampar tu . yang paling kesian mak lah sebab kena jaga damia sepanjang 3 jam tu . yelah siapa lagi nak jaga memandangkan mak dah awal-awal cakap mak takut nak main dekat tempat air ni . hehe kesian mak jadi mangsa keadaan .

lepas je habis main dekat waterpark tu aku sekeluarga pun bertolak ke rumah pakngah aku dekat Chini Timur . singgah sekejap je sebab masing-masing pun dah keletihan lepas main air . lepas asar kita orang bertolak pulak ke rumah mak ayah di Jengka 1 . memang penat ah wa cakap lu . tak sempat nak rehat dah kena harung ke sana-sini . sampai selesema aku dibuatnya . nasib baik , tak demam . hai mintak simpanglah dari kena penyakit buat masa sekarang sebab cuti sem tinggal 4 hari je lagi . sedihnye T______T . semester ni aku dah naik sem 5 , tinggal 3 semester je lagi nak habis belajar . cepatlah masa berlalu . 




2 orang komen:

Unknown said...

you seems so reluctant to study ..haha... at least you alrdy finish 5 semester... it's good ..you are one step closer to your working life...enjoy for the rest of yr semester ^^
And is Bukit Gambang water park fun? some of them said Sunway Lagoon is better..

Ken Wooi said...

ah.. didn't know kuantan has a water park as well.. most of them are in/near Klang Valley.. :)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS