berbalik pada topik tadi , kali ni ayah dah janji sebenarnya nak bawak aku sekeluarga pergi bercuti . nak berehat-rehat dan santai-santai katanya .mula-mula cadangnya nak pergi dekat tempat kunang-kunang tu , sekali dia cancel pulak , nak pergi Bukit Tinggi pun cancel lagi , last-last ayah kata pergi bercuti dekat Bukit Gambang je . bagi yang tak tau Bukit Gambang ni dekat Pahang ye . awal-awal tu aku macam tak teruja sangat pun sebab aku dah selalu sangat balik Pahang . dah kata pun kampung ayah . jalan yang sama pulak tu guna cuma adalah bezanya sikit-sikit . lepas dah sampai dekat sana tu barulah mood nak bercuti tu datang sikit-sikit itu pun lepas tengok kawasan yang agak mendamaikanlah pada mata aku . dekat sana aku duduk dekat hotel yang ala-ala apartment lah kira . satu rumah tu ada dua bilik besar , ade dua buah katil besar dan bilik air , ada balkoni dan ade meja makan serta dapur . bolehlah kan kalau nak rehat-rehat saja :DD . dekat sini kita orang ambil pakej 2 hari 1 malam je siap dengan sarapan pagi dengan makan malam . kita orang ambil family suite je sebab kita orang pun tak ramai , dalam 5 orang dewasa + 1 budak kecik tembam , damia . pakej ni dia siap dengan tiket masuk dekat waterpark dia , naik tram , dengan paintball . harga pun boleh tahan . tapi aku nasihatkan kalau nak harga yang jauh lebih murah baik pergi waktu bukan cuti sekolah . dan layanan dia orang memang tip top dan tempat dia sangat bersih . aku suka (^-^)
waktu hari Khamis nak bertolak tu , kita orang diberitahu waktu untuk check in dekat sana pukul 3 . jadi ayah pun ambil keputusan nak bertolak dalam pukul 12 . dan hasilnya kita orang sampai nak dekat pukul 5 jugak sebab tambah tolak waktu pergi makan-makan-sembang-sembang lagi kan . tapi bila sampai tu agak mengecewakanlah sebab pakej yang kita orang dapat ni tempatnya dah nak tutup seawal pukul 6 . memang sampai-sampai terus rehat jela sampai keesokan harinya . malam tu makan banyak jugaklah . sebab buat buffet kan . boleh lah ambil banyak mana nak . macam-macam makanan ada . dari makanan western , tradisi , buah-buah sampailah ke ais krim pun ada sebagai pencuci mulut . dan waktu pagi , sarapan pagi yang dihidangkan pun ada macam-macam jenis makanan macam bubur , omellete , meehoon , dan macam-macam lah . hehe :DD
ni tempat makan dia sebenarnya , tapi terlindung sebab pokok krismas giant ni ada . huhu patut dah boleh cabut dah sebab krismas dah habis hehe :P . sampai sini dulu , mata dah berat , hidung dah berair , katil dah memanggil-manggil suruh tido :) . nantikan entri sambungannya xoxo
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira