susah betul kan kalau jadi muda belia ni . mesti tak lepas dari masalah macam ni . aku kadang geram jugaklah kan . lagi pulak bila kena waktu-waktu tak sepatutnya , memang hangin jela aku kan . dah lah hangin dengan website universiti sebab tak dapat nak register hari tu . dahlah waktu-waktu tengah genting ni . bukan nak pergi Genting Highlands ye :P . memang benda-benda macam ni lah buat mood aku rosak je . adela sikit yang aku nak ngomel-ngomel hari ni . pasal tak puas hati sikitlah . tak banyak pun sikit je , janji ! :DD .
aku kan memang hangin lah bila jerawat sesuka hati nak tumbuh dekat muka aku ni . lagi-lagi waktu hari aku nak pergi daftar ni . kalau sikit-sikit tak apa ni banyak . aku akui lah aku memang ada masalah jerawat sejak dari zaman sekolah lagi . aku kan tak kisah sangatlah kalau dia nak tumbuh banyak mana pun , tapi tengok hari jugaklah . kan dah tak semenggah kalau tumbuh waktu nak jumpa kawan-kawan tercinta yang dah lama tak jumpa . lama lah sangat kan? sebulan je pun . tapi memang sakit hati lah kan tengok muka berjerawat ni . bila berjerawat mulalah muka naik minyak berkati-kati . sedih ah macam ni T_________T . aku tak kisah pun laa kan kalau korang nak cakap aku ni apa . blog ni tempat aku nak luahkan perasaan jadi aku punya sukalah . janji aku tak ada nak kacau privasi orang lain . simple je
dah tu kan , haa ni aku nak ngomel lagi . semester ni aku rasa mencabar lah dari semester-semester lepas . sebabnya lepas je dapat register cepat-cepatlah kan pergi tengok jadual . sekali tengok memang best ah kan sebab ada kelas yang mula pukul 12 macam tu , tapi yang tak bestnye la kan ada kelas sampai nak waktu Maghrib , waktu malam . ni aku memang tak suka . kacau waktu aku nak solat . memang tak sempat ah nak semayang Asar nanti . harap sangat pihak universiti tukar jadual balik sebab memang awal-awal semester nanti jadual akan dirombak balik . biasalah kan . tapi tolonglah bagi waktu-waktu yang best sikit . baru lah aku ada feel nak belajar cewah :DD ni haa meh aku tunjuk jadual aku semester ni .
boleh klik untuk lihat lebih jelas . bestkan jadual aku semester ni? huahua kawan-kawan semua dah bising-bising banyak kelas tak sama . aku bukan setakat satu kelas tak sama tapi 4 kelas tak sama . sekarang apa nak kata ? gigit kuku sampai habis pun tak dapat der nak tukar . kalau dah drop belum tentu boleh dapat kelas yang sama dengan kawan-kawan aku nanti . jadi malas nak ambil risiko aku pun redho jelah semester ni . tak daya dah nak toleransi dengan sistem universiti . doakan semoga aku baik-baik aje lah semester ni ye . aku pun dah tak tau nak cakap ape . tengoklah , semua benda nak bagi aku hangin . mood memang tak baik jela minggu ni . baru ingat nak gembira-gembira , semangat-semangat sikit . last-last hampeeeehhh je nampak gayanya .
dan part ni memang aku nak sangat cerita . disebabkan perkara di atas persiapan aku untuk kemas segala bagai barang-barang nak masuk hostel tergendala . sampai ke hari ni tak siap-siap lagi . aku pun tak faham kenapa jadi macam ni T____T mood belum datang lagi ke? ape ke? kenapa lah dengan aku ni . yang pasti sebelum pagi esok semua benda mesti dah kena siap sebab awal pagi dah nak gerak dah . ayah pun dah warning jangan lambat-lambat sebab esok ayah nak kena jadi driver aku dengan mak . dan yang tak bestnya lagi aku benci betul kalau nak kena berebut-rebut esok pagi . sedih berganda-ganda lah macam ni T__________T . wei mood kau dah boleh datang cepat sikit .
2 orang komen:
fuyooo..kelas ptg jumaat pun ade..mmg best ar..hihi...
sibuk je ajim.. huaaa sedih T____T
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira