mesin ialah alat atau perkakas yg menggunakan kuasa, seperti elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat . tipulah kalau tak hidup dengan mesin sebabnya tu haa yang asyik bawak setiap hari tu , handphone kan mesin jugak . mesin untuk berkomunikasi . sebenarnya sekeliling kita memang penuh mesin je . tak percaya? teruskan membaca . ni antara mesin-mesin keperluan yang wajib ada dalam setiap rumah . dengan adanya mesin-mesin ni aku rasa kita sekarang ada MALAS sikit . dan apa yang pasti banyak jugak kelebihan dan kekurangan yang terhasil dari mesin-mesin ni.
1. televisyen
tak dinafikan lah benda ni wajib ada . paling kurang pun sebiji . tapi ada jugak rumah yang ada 2-3 biji sebab banyak bilik lah katakan huahua . televisyen sekarang dah macam-macam jenis dan mampu milik . televisyen a.k.a tv ni sebenarnya banyak juga faedahnya . satu cara kita nak tahu maklumat , berita , cuaca secara cepat dan pantas semuanya melalui televisyen . banyak cerita-cerita menarik kita boleh tonton macam dekat astro , tv3 dan macam-macam jenis siaran lagi .
2. komputer riba / PC
yang ni pun mesin mampu milik . fungsinya sama aja dengan tv tapi ni lagi advance lah sebab boleh berchatting , kenal-kenalan , blogging , messenger dan macam-macam lagi . dunia dah maju sekarang ni orang yang duduk di pedalaman pun dibekalkan dengan komputer . macam-macam jenis laptop atau PC yang dijual dari harga paling murah hinggalah yang ke paling mahal . yang ni ada banyak keburukannya . bila teknologi makin canggih semua benda kita dapat download . sekadar di hujung jari orang kata . macam-macam perkara yang berlaku disebabkan penyalahgunaan internet dan komputer zaman sekarang . video-video panas , gambar-gambar seksi boleh dapat dengan senangya . tak hairanlah sekarang macam-macam kes dah ada dekat Malaysia ni . budak belasan tahun pun dah pandai nak tunjuk aksi atau lagak kurang sopan . banyak yang dah terpengaruh dengan budaya Barat . sekarang nak salahkan siapa?
3. kereta
kereta memang keperluan . bagi yang kerja tempat jauh-jauh dan tempat tu tak ada kemudahan awam macam bas, LRT , teksi , Monorail , Putra kereta adalah yang paling sesuai sekali digunakan . kalau ada motor pun dah kira ok , tapi motor kalau hari dah gelap nak hujan dah tak boleh nak bergerak ke mana-mana , terbataslah kira . tapi kalau ada kereta hujan pun kita boleh redah lagi . kereta ni pun banyak guna nya . untuk hal-hal kecemasan macam sakit pening , perjalanan jauh , dan macam-macam lagi . tapi nak buat macam mana minyak dah naik . huhu tengah memikir bila lah masa yang sesuai untuk aku pakai kereta? haha berangan :DD
4. mesin basuh
ni memang keperluan . kalau tak ada ni mau mencanak jugak nak basuh baju-baju yang menimbun setiap hari . dapat pulak keluarga adik-beradik ramai . selalunya kerja-kerja membasuh ni memang orang perempuan je yang buat . yela kan dah nama pun perempuan semua kerja mengemas nak kena buat . tapi kalau orang dulu-dulu dia orang biasa basuh baju dekat tepi-tepi sungai je . takde hal pun walaupun beranak ramai haha . sebab tu dia orang sihat dan tak berpenyakit . tak macam zaman sekarang tekan je semua siap!
5. kipas / aircond a.k.a penyaman udara
yang ni memang syok habis . dapat pulak rumah pasang penyaman udara . sejuk je sepanjang hari . bila tengok bulan-bulan bil elektrik hameek kau! beratus-ratus ke riban . sebenarnya elok lagi pakai kipas ada sikit rasa haba-haba sekeliling . ni pendapat aku jelah . lagipun penyaman udara ni cepat makan letrik orang kata . penyaman udara pun banyak yang dah murah-murah dekat pasaran . cuma nak beli ke tak je . cuba bayangkan kita dah makan makan berlemak-lemak macam makan McDonalds , KFC , Burger King , Subway , etc . dapat pulak kita tak bersenam . tidur pulak hari-hari dalam penyaman udara yang best tu memang mengundang kegemokkan jela kan . sihat ke tak agak-agak? sendiri fikir :DD
cukuplah 5 je dulu . banyak lagi sebenarnya mesin-mesin yang ada dekat rumah tu . macam blender , microwave , shower dan macam-macam lagi . dunia dah maju dan canggih cakap je nak apa semuanya ada . ada duit jalan . tak ada duit duduk diam-diam haha :DD . sekarang ni kita cuma perlu berhemah lah kalau nak guna pun . fikir-fikirkan apa yang baik dan ikut , yang jahat dan buruk-buruk tinggalkan . sekarang ni semua harga barang nak naik . penggunaan pun banyak nak kena kawal . contoh macam minyak sebab minyak pun dah makin kurang sekarang . takut jugak bila dengar .
p/s : terima kasih sebab baca entri ni :)
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira