27 December 2010

tahniah Malaysia :)

hai update blog pagi-pagi buta untuk cerita secara pantas . pertama sekali tahniah Malaysia sebab menang perlawanan dengan Indonesia tadi . syabas diucapkan sebab semua pemain sehabis baik terutama si Kuna . kesian pulak tengok dia tadi . tapi tak apa bukan sebijik yang Malaysia dapat tapi 3 bijik . harapnya lepas ni Malaysia menang lagi lawan Indonesia . siapalah agak-agak yang akan dapat piala ni kan? sama-sama kita tunggu . aku pun teruja tengok skuad pemain Malaysia main tadi . pecah suara jugaklah terjerit-jerit kat rumah ni bila Malaysia gol . dapat pulak sedara mara join sekaki tengok bola tadi memang bergema lah bila semua orang sebut GOL serentak sampai anak buah aku si damia pun terjaga sampai menangis bagai . hehe kesian sayang maksu ni , tak boleh tidur ye :D




harap-harap Malaysia menang lagi . dah lama tunggu saat-saat macam ni kan? berdebar jugak sebab Indonesia pun boleh tahan kuat jugak . dan hari ni aku letih sangat . penat betul kena hadirkan diri dekat majlis-majlis kahwin ni . tapi seronok jugaklah sebab sedara mara ramai . sekali sekala dapat jumpa syok jugak . tadi jugak baru dapat berita kena hadirkan diri dalam mesyuarat keluarga pada hari raya cina nanti . mak sedara yang rapat dengan aku nak kahwin Oktober tahun depan . dan harap-harap aku tak kena lah jadi pengapit . penat oh jadi pengapit . nak kena kipas pengantin , berarak sama-sama pengantin , duduk sebelah pengantin waktu makan beradab and it is so not ME . aku nak bawak payung pun susah , inikan pulak kipas . hadoi kang terserlah ciri-ciri kewanitaan aku langsung orang tak pandang pengantin dah . haha perasannya . tu aja update untuk arini . terima kasih sebab sudi baca :)

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS