26 December 2010

finelah. aku malas nak cakap perkataan RINDU

update lagi. huhu sementara ada masa ni baiklah aku jangan sia-siakan nanti dah tak ada masa kesian blog ni kena tinggal . tadi belek-belek borang collect service yang universiti aku bagi , bajet konon-konon nak isilah sebab nak bayar yuran kan tapi last-last habuk pun tak ada . ok tipu . seriously dah siap isi borang tu , cuma tinggal nak bayar je . nampak gaya kena tunggu hari isnin lah kan memandangkan hujung minggu aku sibuk . macam sibuk nau je . haha :DD sibuk jugaklah datang kenduri orang kahwin sana-sini . tapi tiba-tiba ada sikit perasaan sedih . bukan sedih sebab apa pun, sedih sebab cuti semester dah nak habis . bila dah nak habis faham-faham jelah masuk kandang hostel le jawabnya . nanti aku mesti rindu rumah , ceh bajet rumah jauh padahal rumah aku lah yang paling dekat antara kawan-kawan aku semua hehe . tapi apa boleh buat aku kan penyayang


siapa pandai cuba cari aku yang mana satu . nanti aku bagi upah :P . ok seriuslah rindu tengok muka-muka yang ada dalam gambar ni . dia orang ni semua classmate aku dekat universiti nun . waktu ni kita orang ada event untuk subject Quran Sains Moden . dan waktu ni masing-masing dah keletihan sebenarnya , walaupun cuaca kurang bagus sebab hujan lebat dan rencatkan sikit pengunjung datang booth kita orang tapi alhamdulillah ramai jugaklah yang datang bagi sokongan . dekat sini aku belajar macam-macam benda . dekat sini jugaklah aku kenal erti kawan . dan tadi waktu tengah godek-godek gambar event ni terjumpa pulak gambar nih . fuh memang buat aku sedih betullah . tau tak kenapa? dah 5tahun tak jumpa sejak habis zaman persekolahan . masing-masing dah ada haluan sendiri , dan sebab kekangan masa semua pun tak dapat jumpa sampai sekarang . 


gambar ni memang kenangan habislah , kelakar pun ada . ni lah zaman akhir aku bersama-sama dia orang ni . ramai yang dah ke UITM , ada yang ke oversea , ada yang di MMU , UUM . bangga dapat kenal orang-orang pandai macam dia orang . aku je kurenggggg sikit pandainya , huhu sebabnya aku dulu memang banyak main dari belajar . kalau kau orang nak tau aku dulu memang nerd sikit lah , bawak buku segala bagai pergi mana-mana tapi result hampehh je . rasa nak lempang diri sendiri bila ingat balik T____T . nasib baik ada facebook dapatlah jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah . rindunya . sekarang semester baru dah nak mula , lepas ni mesti dah sibuk nak fikir pasal projek-projek yang nak dibuat untuk FYP nanti sebab tinggal lagi tiga semester sebelum pengajian peringkat degree tamat . siapa-siapa ada idea boleh lah kongsi sekali pasal FYP ni . gila semangat aku ni . haha :DD

p/s : aku rindu semua kawan-kawan aku walaupun ada yang aku tak sebut dekat sini. mmuah xoxo



2 orang komen:

ahsfantasy24 said...

huhu..
tu la rndu kngkawan lame..
nei da bpisah demi cata2 msg2..
^^,

epalgreen said...

huhu tula.

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS