28 December 2010

contest dan churpers

alhamdulillah. syukur dan terima kasih aku ucapkan kepada semua yang join contest dari blog aku, si epalgreen . bukan cik epal yang famous amos tu ye , ini cuma cik eira yang tak berapa nak femes . huhu :DD walaupun tak ramai mana , sekurang-kurangnya ada jugak yang join hehe dan tak sia-sialah aku buat contest ni sebab ramai jugak yang berkunjung ke blog ni dan kita berkenal-kenalan . ni haa sebenarnya nak bagitau korang ni . mungkin aku akan buat contest lagi lepas ni . tapi kena tengok juga pada masa yang ada sebab semester baru pun dah nak bermula , mungkin aku ada sikit sibuk . tapi tak apa , ada banyak masa lagi . jadi nantikan contest baru dari epalgreen ok :)


sebelum aku terlupa , juri untuk contest yang pertama kalinya aku buat ni akan di adili oleh 3 orang juri merangkap aku sebagai juri utama dan 2 orang lagi yang bakal diberitahu kelak . jadi siapa-siapa yang nak sertai contest ni bolehlah sertai sekarang sebab tinggal beberapa hari saja sebelum 9 Januari 2011 . dan para pemenang akan diberitahu melalui blog ini juga pada tarikh tutupnya contest ni iaitu 9 Januari 2011 atau selewat-lewatnya keesokan hari . jadi siapa-siapa yang dah join jangan lupa hari-hari penting ni :).


mengenai kehidupan aku untuk minggu ni , aku agak sibuk juga memandangkan ayah dah planning nak pergi bercuti di dalam Malaysia , alaaaah dekat Gambang je pun hehe :DD yang benarnya aku sibuk sikit melayan tetamu merangkap sedara mara belah ayah yang datang rumah minggu ni . tak menang tangan jugaklah , adatlah kan anak perempuan . lepas tu aku jugak sibuk uruskan hal-hal berkaitan untuk masuk semester baru ni . beli barang-barang yang patut , kemas apa yang patut almaklumlah aku kan budak hostel . semuanya kena sendirian berhad . aku dapat update blog ni pun tengah malam buta . tapi tak kisahlah kan sebab blogging tu best dan aku memang suka . ok ada satu lagi benda yang aku nak perkenalkan dekat sini mengenai churpchurp . 






p/s : gambar ihsan pakcik google

churpchurp ni adalah satu cara jugak kita nak peroleh wang dengan hanya promosikan iklan terutama sekali untuk pengguna twitter macam aku ni . jangan risau tak kena bayar pun kalau register . hehe ayat nak promote :) sebenarnya tak kiralah apa medium yang kita guna contohnya blog , facebook , yahoo mail/yahoo messenger dan macam-macam lagi , kita sebenarnya membantu mempromosikan iklan dari pihak churp-churp . dan setiap klik akan dapat rm0.20 sen . lebih kurang sama macam nuffnang tapi ini adalah untuk pengguna twitter yang aktif lah kiranya . sebab sekarang zaman dah maju , orang banyak berhubung dengan twitter sebab lebih cepat dan efisyen . cehceh :DD itu saja yang nak aku sampaikan . terima kasih sebab sudi baca :)

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS