21 December 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN


Segmen ni dari cikgu loqman. dia invite aku join segmen ni. rasa-rasa nye macam kena tag, tapi tak apa layankan aje. aku sebenarnya tak pernah pun join contest ke segmen ke giveaway ke yang blogger-blogger anjurkan melainkan contest dari nuffnang sebab terasa macam malu-malu segan sikit huhu. terima kasih cikgu *sila baca dalam gaya cerita upin ipin ye* T____T dan aku sangat berbesar hati sebab hati aku memang besar. eh sebab aku nak luaskan lagi perkenalan aku di alam maya ni jadi apa lagi yang ditunggu meh lah tengok sedikit sebanyak review pasal soalan-soalan dari cikgu kita ni :). kalau nak cuba pun boleh. klik je link dekat bawah ni okey :)


ni antara soalan-soalan yang cikgu loqman bagi. tersangkut-sangkut jugaklah nak jawab sebab takut tersalah cakap pulak :


Apakah status anda 
status aku buat masa ni ialah single but not available. hehe :DD kepunyaan mak dan ayah :) . segala urusan peribadi biarlah Allah sahaja yang tahu. harapkan berpanjangan sampai bila-bila. insyallah dengan izin allah. 


Ceritakan tentang diri anda

aku adalah seorang pelajar jurusan medical electronics.sekarang menyambung pengajian di peringkat degree di salah sebuah UNIKL di Malaysia. UNIKL mana?terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. kalau rajin pergi google tengok UNIKL mana ada jurusan medical electronics :) cita-cita aku sebenarnya nak jadi ahli fisiotheraphy tapi dah terbabas kepada engineering pulak. dah tak boleh patah balik T____T   


Ceritakan tentang Blog anda
Blog ni sebenarnya blog biasa sahaja.blog persendirian. tiada spesifikasi tertentu. banyak ke arah blog peribadi. hampir ke semua catatan harian aku coretkan di sini. tentang apa yang disukai, digemari dari makanan sampailah ke selebriti.


Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Dunia blog sekarang dah jadi macam trend. semua orang nak ada. kebanyakkannya menulis pasal hal peribadi dan selebihnya mengenai info-info terkini.semua orang bebas suarakan pendapat selagi tak menyalahi undang-undang :)


Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..

selamat berblog dan berbloglah dengan hati.sebab bukan senang nak dapat idea untuk menulis. cabaran untuk keluarkan idea yang bernas kadang-kadang mendatangkan masalah. hehe :DD nak berblog kena kuat, bukan semua orang boleh terima cara penulisan kita. 


Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
keunikan blog ni adalah disebabkan aku adalah penulisnya. huhu :DD

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
sampai tua dan sampai tak mampu lagi nak menaip. haha sebab berblog ni best, sayang kalau tinggalkan waktu usia masih muda :). 

mangsa yang bertuah :







5 orang komen:

:Cikgu Akim: said...

suka sumer jawapan epalgreen..ala dah tau dah unikl mana..lalallala..lagipun dulu saya kolej mara kulim..ada gak kawan2 foundation unikl time tuh..hehehhehe

papepon teruskan perjuangn dalam dunia blog ni k..apa yg penting kita tau apa yg kita buat n tak menyalahi undang2..

salam perkenalan...

eira said...

uhuhuhu..ye ke dh tau
selamat berkenalan juge :)

puteri cahaya. said...

salam kenal. jom singgah,,.http://ainblogger.blogspot.com/2010/12/segment-jom-berkenalan-sticky-post-by.html

ceriteraliyana said...

salam perkenalan!!!jUm singgah umh sye..=))

suka cartoon said...

hai ..salam perkenalan...jejak ditinggalkan agar mudah untuk dijejaki...

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS