gambar tak ada kaitan pun dengan entri . suka pulak tengok rama-rama ni warna warni :)
aku ni kan pendiam sikit orangnya kalau tak kenal , tapi bila dah kenal hamik kau boleh tahan kepoh jugak aku ni dan yang paling penting aku ni cukup suka gelak . sampai kawan-kawan aku pun pelik kenapa aku bila dah gelak tak boleh nak berhenti . ah janji aku tak kacau orang kan? tapi sekarang tu bukan masalahnya , masalahnya sekarang .. ceh macam masalah negara aje kan. aku ni kadang memang tak boleh nak terima langsunglah petua mak ni . kadang tak nak buat mak kecik hati aku ikutkan jugak .tapi bila mak tak ada bantai buat jugak . ni lah habit aku . teruk bebenor dah rasa.macam mana ye?kat bawah ni antara top petua yang mak guna pakai dekat rumah . tolonglah mak bagi sikit simpati pada anakmu ini T___T
petua-petua yang aku dapat dari mak aku atau dengan kata lain wajib buat lah dekat rumah , antaranya :
1. jangan makan bertatang . bertatang tu apa? bertatang tu ialah keadaan bila kita makan , pinggan kita letakkan di tapak tangan dan sewaktu makan tu pinggan diangkat dan di dekatkan dengan mulut waktu nak makan . eh macam berbelit je penerangan aku ni . haha lantak . siapa-siapa boleh faham kita geng~!
motif mak cakap macam tu : takut nanti kalau kita tengah ada serious relationship dengan sumeone takut disambar
2. kalau basuh pinggan kena basuh sendiri sampai habis . jangan ada orang yang tolong sambungkan kerja basuh pinggan tu . katanya tak baik
motif mak cakap macam tu : takut nanti kalau-kalau kita buat kerja tak habis , nanti dalam perhubungan pun orang macam tersekat-sekat nak dekat dengan kita . contoh macam nak bertunanglah , tak jadi . lebih kurang macam tu lah . haih ni memang sentap habis* betul ke? ape kaitan nya pulak dengan pinggan mangkuk?
3. jangan menyanyi dekat dapur . sebab mak kata sumbang . ceh mak ni tak menjaga hati langsung . sentap lagi
motif mak cakap macam tu : takut nanti anak dia kahwin dengan orang tua. huhu ye ke? bahaya gak ni kalau jadi betol-betol kan . tak kuasa mak nak kawen ngan pangkat "DATUK" nih atau orang lebih-lebih usia dari biasa . kalau 'DATO' tu sedap lah jugak . kaya kau . haha T_____T mintak simpang lah .
4. jangan duduk menghadap pintu/duduk dekat tangga
motif mak cakap macam tu : nanti tak ada orang nak sebab dah selalu sangat duk melangut depan pintu/ orang dah selalu nampak waktu lalu lalang dekat tangga kot . pun boleh lah mak kan . hadei
5. jangan letak jam menghadap pintu
motif mak cakap macam tu : nanti bila kahwin asik bergaduh laki bini.boleh pecah belahkan keluarga dan bawa kepada perceraian. oh no~! yang ni tak tau sejauh mana kebenarannya . layankan jelah .
6. jangan makan beralih-alih tempat .
motif mak cakap macam tu : mak aku kata nanti laki yang kita kahwin tu banyak bini . macam tu pulak dah . tapi ada orang pulak cakap , nanti kita pulak yang banyak suami . ah agak komfius di sini. mana satu betul aku pun tak tahu .
7. jangan makan kepala ikan nanti jadi bodoh
motif mak cakap macam tu : yang ni memang mak selalu cakap tapi macam mana pulak kalau mak yang hari-hari makan kepala ikan? mak mesti cakap macam ni " mak tak apa , mak dah tua tak belajar lagi macam kau " . aiyaiyai . tapi dalam islam sendiri ada sebut pasal isu makan kepala ikan ni yang sememangnya tak elok.aku memang tak makan kepala ikan , sebab aku tengok jenis ikan jugak kalau nak makan . tak semua ikan aku boleh makan.yang mana elok tu boleh lah kita ikut sikit-sikit kan .
8. tak boleh angkat kaki waktu meniarap nanti mak cepat mati.
motif mak cakap macam tu : haa yang ni memang dari kecik lagi mak aku pesan . aku pun tak paham tang mana kaki tu boleh buat mak mati . nak kata pijak , meniarap je kot waktu angkat kaki tu . mungkin sebab tak sopan kot .
9. jangan duduk atas bantal nanti kena bisul .
motif mak cakap macam tu : mungkin mak tak nak ada bau-bauan yang kurang menyenangkan kot bila dia menggunakan bantal-bantal dekat rumah ni . tu pasal yang dia cakap macam tu . haha :DD
10. haa yang ni paling famous amos . dari kecik mak aku dah ajar ni . kalau makan nasik kena makan sampai habis , nanti nasik nangis T_____T
motif mak cakap macam tu : haha nak gelak kejap.yang benar nye mak nak semua anak-anak dia habiskan nasik supaya senang nak basuh pinggan . haa ni dulu waktu kita orang kecik boleh lah mak kena-kena kan dah besar-besar ni tak dapat der , dah boleh fikir sendiri kot . tak kan nasik nak nangis pulak kan :P
sebenarnya banyak lagi . sebenarnya jugak aku rasa petua-petua mak aku ni , mak kau orang pun ada pakai jugak . melainkan kau orang dapat parents yang modern lah kan . tak main petua-petua ni . dan sebenarnya jugaklah kan kita tak perlu nak percaya sangat 100% sebab qada' dan qadar Allah tu lebih baik dipercayai . tapi tu lah mulut mak-mak ni selalu apa yang diucapkan tu masin/menjadilah orang kata. macam doa pulak dah jadinya . bayangkanlah jadi anak dara je dah banyak ni petua dia kasi . kalau nak kahwin pulak tak silap ada lagi banyak pantang nak kena ikut sebelum perkahwinan dilangsungkan . adoiyai susah jugak kan macam ni . helppp~!
p/s : terima kasih sebab baca entri ni
6 orang komen:
yup..samala ngn mak ajim..
sebijik gle die pnyer petua..
ala sng cter..tu sume tipu..
petua2 tu sebenar nya mnmpnyai mksd mendalam..
1.makan tatang - t takut jatuh lak pinggan tu..kn dh mmbzir..
2.klu x bis basuh spe nk basuh?..mak jgk yg kne..hahaha..
3.t mnynyi kt dapur tkut masakn hangus..la pe la..cm2 kot..
sume sng kne pikir logik jela..hik3..
cm2 jela pndapt ajim..hihi..
hik3.
kekadang petua2 itu ada yg negatif, jd think positif je ok.
ada sbb org tua dulu2 buat mcmtu.
pandai2 kita lah mana yg baik dan jgn smpai ianya syirik.
rama2 tu cntik.
kesimpulannya ikutla cakap mak..hehe :D
ajim : lorh same jugak ke? nasib amk kita lain :DD
fariza : huhu :D
bazillah : insyallah :)
ha3///samlah kite sis.tp with my kids kite takder lah ltk petua mcm tu.byk persamaan.kdg2 mkn kt kg masa family gathering rasa rimas tak blh tatang pggn.hbs tu kalau ltk kat tikar,rasa berterabur dan terbongko21 nk suap.Agkt kaki mmg perua plg famous ntah ye ntah tak.
haha tau xpe..macam-macam kan?
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira