21 December 2010

rasa bangga bila tengok trailer ni :)

bila tengok trailer ni dan filem ni adalah hasil ciptaan anak Malaysia, aku tahu filem-filem Malaysia semakin banyak perubahan yang ketara berbanding dulu. walaupun tak secanggih Hollywood, aku sebagai penduduk tetap negara ni rasa bangga dengan terhasilnya trailer macam ni. seronok pulak aku tengok video ni. jarang aku nak tonton filem-filem Melayu yang ada dekat Malaysia ni.total cost pengambaran ni menelan RM8 juta dan di hasilkan oleh KRU Studios.Filem ni berjaya mendapat tempahan beberapa negara luar dan juga dikenali sebagai The Malay Chronicles: Bloodlines. huhu bangga sikit weh :DD





Sedikit sinopsis tentang Hikayat Merong Mahawangsa/ The Malay Chronicles: Bloodlines :

Merong Mahawangsa adalah keturunan Alexander the Great, seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan putri China dari Dinasti Han.Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, neutral ground.Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.The pirate nation of Geruda telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan.Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri dan menyatukan dua tamadun besar dari timur dan barat? ape lagi?marilah kita saksikan sendiri nanti di panggung-panggung yang berdekatan =P

2 orang komen:

anarm said...

smart je die punye trailer.. KRU kalo buat movie memang lain dr yg lain..

eira said...

tula..harap sangat lepas ni ada laa movie yg setanding filem2 hollywood macam cerita transformers :)

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS