20 December 2010

syiok oh jadi blogger :DD

best sebenarnya hidup sebagai blogger. boleh kenal ramai blogger yang ada dekat luar sana. boleh cuba contest-contest dan dapat hadiah menarik macam dapat ipad lah, promosi hebat dari celcom, menang blackberry dan macam-macam lagi. banyak kelebihan sebenarnya dan yang paling penting memang berbaloi-baloiiiii.

apa yang bestnya jadi seorang blogger ni? ramai yang tanya. tapi pada akulah seronoknya tang bila kau boleh tulis apa kau suka dalam ruang kau sendiri. dalam pada tu boleh berbalas-balas komen dengan blogger-blogger lain. yang bestnya kau boleh suarakan pendapat-pendapat kau yang bernas, idea-idea ikut kreativiti kau sendiri. untuk tarik ramai blogger datang blog picisan macam aku ni. dan yang paling best boleh baca blog-blog dari mereka-mereka yang best ni macam cik epal, hanis zalikha, ben ashaari dan ramai lagi lah. dan bagi aku bila aku baca blog-blog macam ni aku dapat lebih banyak skop tentang blogging ni sendiri. best kot!



cuma yang tak bestnya blogging ni kalau ada anon lah. kadang ada anon yang ok, ok lah. dapat anon yang tak ok habis dikutuknya segala bagai apa yang ada dalam entri. pada aku tak baguslah macam tu sebab sekarang ni dah banyak blogger-blogger yang berpotensi dalam penulisan dia orang. jadi apa salahnya kita saling menyokong antara satu sama lain kalau ianya mendatangkan faedah dari keburukan kan. tapi janganlah pulak kau pergi sokong benda tah hapa-hapa yang boleh mendatangkan kontroversi. kang tak pasal-pasal kena banned pulak kang. jadi blogger ni kena ada identiti sendiri, so tak best lah kan kalau ada pencopy-pencopy nih. kita akan rasa puas bila kita sendiri yang karang ayat dalam blog kita ni. kalau setakat nak copy doa-doa tu bolehlah, digalakkan lagi. tapi kalau kau dok nak copy entri orang itu memang mendatangkan maki lah. yelah dapat pulak dah sah-sah kau tiru entri orang lepas tu kau boleh claim entry tu kau yang punya. kalau ye pun nak copy pergi mintak kebenaran dulu tak pun buat credits untuk entri yang kau tiru tu. at least ada jugak penghargaan kau bagi pada orang yang buat entri tu. ingat senang ke nak karang ayat haa? ceeh aku pulak yang emosi haha :DD rileks. rileks kata pada diri sendiri.



dan part yang paling best sebagai blogger bila blog kau tu ramai pengikutnya. boleh ambil contoh macam dia orang ni. cik mek molek kita cik irinenadia dengan cik fatinliyana kita yang followersnya beribu riban. dia orang pun muda-muda bergaya lagi. dengan cara penulisan yang bersahaja je dapat tarik ramai orang untuk baca blog mereka. yang penting jangan ada PHD dalam diri kite. PHD tu perasaan hasad dengki. macam mana nak maju kalau asik nak tindas orang kan?renung-renungkan dan selamat beramal :)

2 orang komen:

z a w a n i b a d r i said...

nice blog! :)

Alan said...

blog riban riban komen tu sumer blog awek cun..biasa ler tuh..

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS