22 December 2010

macam mana nak naikkan traffic blog?

hai semua. hari ni aku nak kongsi sikit pengalaman best aku jadi seorang blogger . semalam adalah hari untuk aku tersenyum lebar . kalau sebelum ni blog aku ni tak dikenali sangat , sekarang pun masih tak dikenali , tapi aku bersyukur sangat sebab semalam traffic blog ni di luar jangkaan aku . naik mendadak hasil usaha keras aku jadi burung hantu tiap-tiap malam . huahua :DD dan sebelum aku terlupa , aku nak ucapkan ribuan terima kasih untuk semua blogger-blogger yang selalu menyinggah blog epalgreen yang tak seberapa ni . dan terima kasih juga kepada anda semua sebab sudi follow blog kecil ni . tanpa anda siapalah blog ini . ewahh haha :DD

Sebagai penghargaan meh kita kongsi sama-sama macam mana nak naikkan traffic blog , bagi blogger-blogger baru di luar sana . sharing is caring :) . ni antara cara-cara aku nak naikkan traffic blog . haa tapi sebelum tu aku nak korang selalu ingat perkataan RAJIN ye . sebab banyak perkataan RAJIN yang aku guna dalam entri kali ni .



1. kena rajin-rajin blogwalking.
blogwalking tu bukan blog berjalan ye . tapi tuan punya blog yang harus berjalan-jalan ke blog orang lain dan mulakanlah sesi kenal-mengenal . selalunya orang akan tahu kita blogwalking bila kita tinggalkan pesanan dalam shoutbox mereka . dengan perkataan paling mudah untuk di ingati macam yang selalu aku tinggalkan dekat setiap shoutbox yang aku kunjungi seperti " singgah sini " dapat bantu orang datang ke blog anda.


2. rajin-rajin komen entri
siapa lagi nak komen kalau bukan anda, anda dan anda lagi . rajin-rajinkan tangan menge"post" komen di blog orang lain . terutama sekali entri yang korang suka . dan kalau boleh biarlah komen yang membina , dan bukan yang menjatuhkan . sebab apa aku kata entri yang korang suka ? kita sebagai blogger ni tak cukup tangan kalau nak komen semua blog yang ada . jadi kena pandai-pandailah nak hidup :) . macam aku , dengan keadan beruk band yang teruk ni , malam adalah waktu paling sesuai nak mengomen-ngomen entri .


3. innit.nuffnang.com
kan aku dah kata ingat perkataan RAJIN ni . rajin-rajinkan tangan post entri dekat innit.nuffnang.com. rasanya siapa-siapa yang ada akaun NUFFNANG tak ada masalah kot . ini antara cara untuk naikkan traffic korang sebab ramai sangat blogger-blogger dekat sana yang berkongsi cerita masing-masing . waktu ni lah korang nak market korang punya blog kan? lagi banyak orang nang post korang , lagi ramai lah orang datang blog korang . simple je kan .


4. blogged.my
ini antara medium-medium blog yang aku rajin sangat post kan entri . boleh lah pergi register sekarang . dekat sana pun ramai blogger-blogger Malaysia yang bagus-bagus blognya . ramai sangat sampai aku sendiri pun kadang-kadang tak terbaca satu-satu . ni menguatkan lagi lah keprcayaan aku yang dah ramai blogger-blogger dekat luar sana . nak berblog kena rajin , baru dapat kenal ramai orang hehe :DD


5. twitter
haa ini memang yang paling famous amos lah kan . siapa-siapa yang belum ada bolehlah register di sini . hari-hari aku asik membebel dekat twitter sana lah . dengan twitter pun antara cara-cara yang berkesan untuk korang naikkan traffic blog . senang je , lebih kurang sama aje fungsinya dengan facebook tapi twitter lagi berganda-ganda cepatnya kalau nak sampaikan mesej-mesej penting . siapa rasa-rasa nak follow aku meh picit-picit sini


6. post entri yang menarik
kalau boleh , hasilkan lah entri yang terkini contoh pasal isu-isu yang ada dekat Malaysia , selebriti dan macam-macam lagi lah .  penggunaan bahasa dalam blog pun penting untuk tarik orang baca entri kita . kalau boleh jangan lah gunakan ayat singkatan dan bahasa-bahas kasar . ingat , budi bahasa budaya kita . setakat ni , ini adalah cara-cara aku naikkan blog aku ni . walaupun tak ada lah sebagus blog orang lain kan . tapi sekurang-kurangnya cara-cara ni memang berkesan untuk blog kecil macam aku ni . kalau korang ada pendapat atau cara yang lebih berkesan meh lah kita kongsi sama-sama . sharing is caring :)

p/s : terima kasih sebab sudi baca :)

25 orang komen:

alizan75 said...

yup...
satu info yg bagus...

Anna said...

thx utk info2 awak :) nk cuba yg laz 2, entri2 menarik, takat ni entri saya lbih kpda crita mse silam~ huhu

eira said...

alizan : terima kasih :)
anna : cubalah mesti boleh punya :)

princess FADIELA said...

wahhh ! good :)

unknown girl said...

menarik3...tq 4 d info :)

LaVenDer88 said...

Nice one :)

eira said...

@princess FADIELAhee thanks

eira said...

@unknown girlur wc

eira said...

@LaVenDer88thanks

Focus A admin said...

nice

Gaara said...

Nice info...
sangat2 berguna untuk new blogger macam aku..:-p

Beautis blog said...

nice la..nak try

Nana Hussin said...

tips yang bagus .. thanks 4 sharing dear .. :))

MyZamri said...

good info. Thanks for sharing..

NaJiB said...

Nice blog.. Salam Perkenalan…

http://lovelyvioletent.blogspot.com

Aleq said...

alamak...kalo blog yang nak buat kekal, xnak ubah2 cne lak?? huhuhu

cowaypilihanku said...

ooh...cam nie ke??
bleh sye ambil buat rujukan di blog saye??

nurdiana said...

sgt2 berguna untk newbie cm sy, thanks :D

ummi waqqas said...

ummi pun baru berjinak2x dgn blog nie...tq for the info..

Hasheenabeevi Mohamed Attaullah said...

terima kasih banyak,,,

bellarisza vienetta said...

wahh..awesome info..thank you very much..berguna untuk new blogger macam saya

Khairunnisa Muslim said...

Thanks for the info..nice ...

Nor Hanom Taib said...

Thanks,tengah mencuba cari ramai kawan...:D

fydasayangkamoo said...

thank...nice entri meh singgah http://fydasayangkamoo.blogspot.com/

Melyssa Hanna said...

Okay nak try lah. Singgah sini. Hehehe. Thanks!

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS