25 December 2010

Dekat Malaysia ni makin banyak pulak filem hantu . takut kot

hai . pertamanya nak mintak maaflah jangan ada siapa-siapa yang kurang berpuas hati dengan entri aku kali ni . kang tak memasal blog ni kena banned ke pulak kan . hari ni aku nak suarakan pendapat aku sikitlah . aku tengok sejak dua menjak ni pengarah-pengarah filem dekat Malaysia ni semua macam syok je nak buat cerita hantu . tengok dekat televisyen sekarang ni je , ada 2-3 iklan filem berunsur seram / senang cerita filem hantu yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan . iklan pertama yang aku nampak pagi ni filem janin , lepas tu filem khurafat , dan ada satu lagi tu cerita si amy mastura berlakon tu pendamping malam ke ape tah tajuk dia . cuma aku nak tanya , korang selesa ke di tayangkan benda-benda macam ni ? ok lah aku bukan nak kata aku berani sangat , bukan jugak nak kata aku takut sangat , aku rasa aku di tengah-tengah je . yang benarnya aku kan tak berapa suka filem-filem macam ni ditayangkan . nak tahu tak kenapa? sebab pertamanya kan bagi akulah cerita-cerita macam ni lebih banyak mendatangkan unsur negatif dari positifnya . yang negatifnya lah kan kita sebut yang tak best dululah baru yang best-best nye le . bukan apa lepas ni lagi banyaklah orang akan percaya pada bomoh-bomoh dan pak pawang .

biasalah kalau dah nama pun orang Melayu perasaan PHD tu mesti ada . aku cakap ni sebab aku memang mengaku aku orang Melayu dan aku membesar dengan orang sekeliling aku yang penuh perasaaan  hasad dengki ni . tapi bukan semua orang Melayu macam tu , hanya segelintir saja dan sebab segelintir ni lah aku rasa , kita belum betul-betul merdeka lagi dari segi pemikiran . come on lah , kenapa? tak boleh ke nak tengok bangsa sendiri maju sikit , mulalah ada je yang bermain-main dalam fikiran . aku ingatkan zaman dah moden tak ada lah lagi unsur-unsur kepercayaan nenek moyang ni digunakan tapi tanggapan aku salah . makin banyak pulak yang mengamalkan ajaran-ajaran sesat yang dilaknat Allah . contoh macam santau , pukau , dan paling menakutkan aku ialah SAKA . ok saka ni bukan benda untuk di main-main dan pada aku ini bukanlah percayaan karut . aku bukan nak percaya 100% benda-benda macam ni tapi aku tahu Allah ada mencipta makhluk-makhluk lain selain manusia seperti jin dan syaitan . pada aku lah , ianya tak wajar ditayangkan . sebab akan menggalakkan lagi orang percaya pada benda-benda yang tak ada / nampak depan mata . Persoalannya adakah kisah-kisah yang dipaparkan ini betul serta tidak menyalahi pegangan akidah kita sebagai umat Islam? Apakah kesan-kesan yang mungkin akan dialami oleh masyarakat kita jika terlalu banyak dihidangkan dengan cerita-cerita sebegini? Bahkkan ada juga pendapat yang cuba untuk menafikan kebenaran cerita-cerita tersebut dengan mengatakan "saya tak percaya dengan benda-benda ni semua, semuanya tak wujud, karut dan bertentangan dengan Islam". Adakah pendapat sedemikian benar? Adakah makhluk halus ini tidak wujud dan karut? Adakah perbuatan sihir itu tahyul?cuba kita renungkan apa yang dirungkaikan dalam sebuah laman web tempatan ini . credit kepada mohdnazritakuan

Sebenarnya kewujudan makhluk halus adalah suatu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam. Kewujudan mahkluk halus seperti iblis, syaitan dan jin adalah benar. Sebab itulah kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'. Nah, bukankah ini satu dalil yang jelas menunjukkan bahawa makhluk yang kita tidak nampak itu iaitu syaitan memang wujud. Begitu juga kewujudan makhluk lain yang turut dinyatakan dalam Al-Quran seperti iblis, jin dan ifrit. Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-Zariyat ayat 56-57 yang bermaksud:

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah (menyembah) kepadaKu. Aku tidak meminta daripada mereka rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi makan kepadaKu"
dan firmannya lagi dalam surah Al-A'raf ayat 176 (bermaksud):

"Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi neraka jahanam itu seberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan, bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang-orang yang lalai"

Sebenarnya ada banyak lagi dalil-dalil yang menyatakan tentang kewujudan makhluk-makhluk lain yang hidup bersama manusia dan mereka tidak dapat dilihat. Makhluk halus yang paling hampir dengan manusia dan mempunyai tanggungjawab (hukum taklif) yang sama dengan manusia adalah jin, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surah Az-Zariyat ayat 56 tadi.

Mereka juga hidup di dunia ini tetapi dalam alam yang berlainan iaitu alam yang tidak kelihatan. Apabila sesuatu makhluk itu hidup di dunia ini maka semuanya tertakluk kepada undang-undang alam atau fitrah alam. Fitrah alam adalah satu peraturan yang menyatakan bahawa terjadinya sesuatu perkara itu adalah disebabkan oleh sesuatu perkara yang lain. Contohnya sesuatu benda itu boleh dipotong menggunakan pisau atau parang, api adalah sebab sesuatu benda itu terbakar. Oleh yang demikian manusia dan jin juga tertakluk pada peraturan ini. Ada sesuatu perkara yang jika dilakukan oleh jin boleh memberi sesuatu kesan kepada manusia dan demikian juga sebaliknya terdapat sesuatu perkara yang jika dilakukan oleh manusia boleh memberi kesan kepada jin.

Sebab itulah jin boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti dalam amalan sihir. Ia adalah fitrah alam. Sesuatu fitrah alam itu tidak berlaku hanya dengan keizinan Allah. sebab tu 
kita hendaklah berpendirian bahawa makhluk-makhluk halus ini boleh memberi kesan negatif kepada manusia mengikut fitrah alam atau dengan keizinan Allah S.W.T. Ahli-ahli sihir atau bomoh atau dukun-dukun syirik boleh mendatangkan kecelakaan kepada kita setelah mendapat keizinan Allah.

cuma bagi aku , yang bagusnya cerita-cerita atau filem tersebut banyak pengajaran yang kita dapat ambil . yang baik kita ikut yang jahat kita tinggalkan.

p/s : maaf entri ada sikit panjang lahhh :DD

4 orang komen:

Fariza said...

mmg betul pun. sikit2 filem hantu. otak x berkembang. byk khurafat n cacatkan minda manusia. budget tinggi tp maruah rendah. bkn nk rendahkan filem malaysia. filem luar negara pun sama. tu yg aku mls nk tgk filem2. kat tv tu, lg x boleh belah. cte indon lg haram mengarut. cte melayu pun sama je. xtau nk kata pe dh. byk cte bodoh2.

*mmg btl, ada stgh cte yg ok n boleh dijadikan teladan.

epalgreen said...

seriously kan aku banyak on9 dari tengok tv.. bosan tgk cerita2 dekat tv.

REPUBLIKN9 said...

Salam ziarah...
cerita hantu = salah satu punca negative mentality orang melayu tak berubah2 dan tak ke hadapan...

eira said...

@REPUBLIKN9 betul tu awk

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS