ini hannah damia anak abang saya . walaupun dia bukanlah anak saya tapi saya sangat sayang dia sebab dia seorang kanak-kanak comel yang baru nak kenal dunia. kanak-kanak bila kita penat macam mana sekalipun bila terpandangkan wajah-wajah mereka yang comel pasti terasa ketenangannya.saya sangat tak faham bila ada segelintir dari kita orang dewasa meperlakukan kanak-kanak dengan sewenang-wenangnya. mentang-mentang dia orang kecil dan tak berdaya senang-senang dipergunakan T____T
macam-macam berita yang dipaparkan di akhbar dan televisyen setiap hari. simpati dengan nasib kanak-kanak malang yang menjadi mangsa. di mana keadilan untuk mereka? mereka sepatutnya di belai dan di berikan kasih sayang bukannya penderaan mental atau fizikal yang boleh merencatkan tumbesaran mereka.
antara kes yang sangat membimbangkan melibatkan kanak-kanak adalah seperti kes kanak-kanak yang hilang, diculik atau dijual. kes ini banyak berlaku di negara kita dan usaha mencari masih lagi diteruskan sehingga bertahun-tahun lamanya.
gambar dari utusan.
HENTIKAN PENYALAHGUNAAN TERHADAP KANAK-KANAK !!
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira