28 November 2010

izan and idlan in da house~!

assalamualaikum semua.


pertamanya nak mintak jasa baik korang tolong klik link ni.
dah klik ? tekan banyak kali pun tak apa =p
jasa baik korang amat dihargai. :)


hari ni nak bercerita pasal si kecil yang datang menyinggah di rumah siang tadi. dua orang pretty handsome boy yang diberi nama izan mukrie shah dan idlan muiz shah. wah nama dah nak sama cam pelakon hindustan yang terkenal tu kan? alaaa siapa tu? si pelakon cerita my name is khan tu. tak kenal ke? shah rukh khan ler.. huhu :D mula lah aku nak merapu-rapu. ok berbalik pada cerita hari ni kan dua orang budak kecil ni datang bersama kedua ibu bapa dia orang. seorang berumur 8tahun dan seorang lagi berumur 5tahun. dia orang ni macam ade mix siket la kot. mix tu macam darah campuran keluarga la kiranya. yang mummynya nak ke ala-ala cina manakala daddynya pula ala-ala hero hindustan gitu. maka terhasil lah dua kanak-kanak comel di bawah ni.



hai nama saya izan muiz shah dan saya pula izan mukrie shah. :DD macam anak orang arab kan? adela sikit tapi lebih ke arah anak pakistan pulak aku tengok dia orang ni haha. jangan terpedaya ye mak ayah dia orang ni orang melayu tulen ok :P. sekarang cuba teka mana satu abang dan mana satu adik kalo tengok dari gambar dekat atas? siapa dapat teka aku bagi 10sen. haha dah tentulah yang sebelah kiri sekali tu abang yang sebelah kanan adik. nampak sangat abangnya lagi besar dari adik :P

dorang ni kalau korang nak tahu sangat-sangatlah pemalu. susah sangat nak suruh dia orang "posing" untuk tangkap gambar ni. seorang pandang ke sana seorang pandang ke sinun. puaslah aku duk memanggil-manggil suruh pandang kamera. tapi nasib baik gambar memuaskan hati walaupun pakai handphone cabuk aku ni je. nak beli kamera duit tak ada pulak. almaklumlah aku kan masih belajar jadi duit yang ada tu kena guna sebaik-baiknya lah :) ewah :DD


peace yaww~! yang si abang sangat pandai berbahasa cina dan bahasa inggeris. selalu tengok cartoon dekat ASTRO TVIQ katanya. tak hairan lah dia pandai. tapi sangat berbudi bahasa dengan orang tua. walaupun sedikit nakal tapi senang nak jagalah kira. dia tak banyak songeh pun. si adik pulak baru masuk tadika dekat wangsa maju. dekat dengan rumah dia orang lah kira. suara comel je macam perempuan. eh saya lelakilah~! kata beliau.



dia orang ni sebenarnya cucu mak long aku. kira mak dia dengan aku ni sepupulah :). bila tengok dia orang ni terfikir jugak aku bila nak kahwin dan ada anak. haha gatal. umur pun baru setahun jagung ada hati nak kahwin. belajar kasi habis dulu lah oiii~! kalau nak tau aku ni memang suka dengan budak-budak. terutama sekali budak-budak comel yang pipi bulat dan tembam-tembam tu lagi lah aku suka. dah tentu-tentu aku asik nak cium je. eiii geram~! itu saja entri untuk hari ni. terima kasih sebab luangkan masa membaca :)

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS