29 November 2010

entri edisi jom main masak-masak

بسم الله الرحمن الرحيم


assalamualaikum semua.

semenjak dua menjak tiga menjak ni kan. aku macam kerajinan pulak nak update blog. stress.stress. haha waktu dekat hostel stress belajar, nak balik rumah. sekarang dah balik rumah pun stress jugak, stress cuti panjang.haha lumrah hidup seorang pelajar memang gini lah kot kan. cuti salah tak cuti salah. adoi. mesti korang pelik kenapa aku tak cari kerja waktu cuti ni kan? aku bukan tak nak kerja waktu cuti ni, tapi semenjak anak buah aku lahir, damia aku kesian tengok mak aku terpaksa uruskan hal rumah sendiri tambah pulak mak aku dah tak berapa kuat. tak berapa nak sihat. dia cepat letih (dia penghidap diabetes && darah tinggi) jadi aku rasa waktu-waktu macam ni je aku dapat tolong dia dan dia memang harapkan aku . keluarga dah bertambah kerja pun bertambah. bukan nak bagi alasan. tapi aku tau aku anak yang baik. haha. tak dapat duit pun tak apa lah janji mak aku tak sakit-sakit lagi. 

dan hari minggu baru-baru ni aku tak ada kerja nak buat. semangat pulak nak belajar masak. aku dapat belajar resipi masakan makcik aku. siapa yang follow aku dekat twitter mesti tahu masakan tengah hari keluarga aku tadi ialah masakan kari ikan rohu. pertama kali aku tengok ikan ni. tu pun sebab ayah dapat waktu pergi mancing. besar dia boleh tahanlah jugak. resipi ni memang datang dari keluarga aku sendiri. keluarga sebelah ayah. dan hari ni aku dah selamat belajar cara-cara masak kari ikan rohu. "clap-clap" tetibe. jadi bagi siapa-siapa yang ada masa terluang, tak ada buat apa baiklah korang cuba belajar-belajar memasak untuk isi masa lapang macam aku ni kan. huhu :DD aku bukanlah pandai sangat masak-masak ni kan tapi perempuan kalau tak pandai nak masak tu masalah jugak lah nantikan. tak kan hari-hari aku nak makan dekat luar. merana hidup~! senang je pun masak kari ni. aku je yang baru nak belajar-belajar huhu :P oklah jum jamah mata dulu. gambar tak cantik sangat. kamera handphone cikai memang macam ni. hekhekhek



bahan-bahan yang diperlukan :

  • satu ekor ikan tak kisah lah ikan apa ikut suka sendiri
  • serbuk kari ikan babas 2 packet kecil
  • halia
  • bawang besar 2 biji / lebih 
  • cili api 2biji
  • santan kelapa 1 biji / lebih 
  • perahan air asam jawa satu mangkuk kecil
  • daun kari
  • garam secukup rasa
  • bendi 5 biji / lebih
  • ajinomoto : pilihan

cara penyediaan:
  • bawang dan halia ditumis untuk dijadikan rencah. 
  • kacaukan serbuk kari dengan air.jangan masukkan air banyak sangat. ikut kepekatan yang korang nak.
  • perahkan santan kelapa dan air asam jawa. nak senang beli je santan yang dah siap diperah atau pun santan kotak haha :DD

cara memasak:

mula-mula panaskan minyak dan tumiskan bawang sampai nampak kekuningan. masukkan serbuk kari yang dah dicampur dengan air tadi . gaul sampai naik bau. masukkan santan cair. then masuk kan pulak air asam jawa sikit untuk rasa sedikit masam. tunggu sampai kuah mendidih. kemudian masukkan ikan tadi dan kemudian masukkan bendi. ikan tak boleh masak awal-awal sebab takut hancur. bendi pun sama jugak sebab takut zat berkurang. akhir sekali bila nampak ikan dah separuh masak masukkan santan pekat. cili api gunanya untuk elakkan pecah minyak. ala yang santan macam berketul-ketul bila masak tu. lepas tu masukkan garam secukup rasa. ni petua makcik aku yang bagi. haha aku ikut je :D dah siap tu hidangkanlah pulak tak kan nak tengok je kot kan~!

sama aje macam korang punya masakan aku rasa. tak ada beza sangat pun. kalau beza pun rasa jelah kot. atau pun jadi ke tak je. hehe so selamat mencuba lah ye kepada yang berminat :P

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS