sebenarnya entri kali ni tak lawak ok.
aku stress gila dengan sikap kejiranan yang tak berapa nak betul dalam kawasan rumah aku ni..
boleh menimbulkan perasaan sakit hati. benci. dan...
yang paling ketara sifat hormat tak ada lagi dalam kamus hidup kot.
sebab apa? haih macam-macam jenis manusia yang aku jumpa dekat sini.
blog aku ni bukan nak menghentam sesiapa.
aku cuma nak lepaskan sedikit pendapat dan apa yang aku rasa sebagai orang muda.
muda lah sangatkan.
blog aku kan.. aku punya sukalah.haha
tak nak jadi hipokrit. jadi diri sendiri sudehh.
aku tahu lah kan kalau dah namanya duduk rumah flat macam aku ni tak boleh nak pakai slogan macam ni kat dahi..kang orang kata tak reti nak bercampur dengan jiran-jiran pulak kan. tapi kan aku paling bencilah kan bila semua perihal rumah dan family aku tersebar pada orang lain yang mendapat cerita ni dari pihak tertentu.. bukan semua benda kita boleh kongsi dengan semua orang. dan aku rasa hidup di rumah flat ni macam dah tak ada privasi lagi. peduliklah orang nak buat apa pun asalkan tak mengganggu kau dan tak salah di sisi undang-undang..haa kan dah terkeluar ayat skema aku. haha pada aku lah kan kalau nak jaga tepi kain orang pun berpadalah janganlah sampai menimbulkan suara-suara yang tak sedap didengar. contoh macam "eh anak si polan tu asik kuar je.. aritu aku nampak die ngn bdk tu kat shopping mall keluar jalan-jalan pastu arini nampak budak tu bawak balik umah jumpa mak ayah dia pulak. boipren agaknye?" walaaawei hal camtu pun kau dah boleh nak heboh satu kampung.. ape yang kau dengkikan sangat? anak masing-masing dah besar sendiri jagalah.. ape kau tak ada anak ke?? anak kau bagus sangat ke? anak kau baik sangat ke kat luar tu. aku paling benci situasi macam ni. aku ada hak nak kawan dengan sesiapa as long as parents aku tau aku keluar dengan siapa balik dengan siapa. mak ayah aku pun tak bising yang kau nak sibuk-sibuk apesal??. benda memang hal kecik. tapi kalau selalu sangat disogokkan dengan suara-suara dengki macam ni siapa tak marah kan. parents aku pun sakit hati.hanginnnnn satu badan
aku tak fahamlah dengan orang kita ni. mana-mana pergi mana-mana pun kau duduk perasaan iri hati dan dengki mendengki mesti wujud. tipulah kalau tak wujud walau sikit. dengan adik beradik pun kau boleh iri hati inikan pulak orang luar kan?especially bila kau hidup berjiran macam aku. eh korang tak hidup berjiran ke? haha joking. aku sangat tak suka orang yang mempertikaikan setiap apa rezeki yang dah allah berikan. kau usaha lebih banyak lah kau dapat. kau usaha kurang kuranglah kau dapat. itu namanya qada' dan qadar.. nasib dan takdir boleh berubah kalau kau nak berusaha mengubah takdir hidup kau. sampai bila nak hidup macam ni?? aku jadi stress bila dengar macam-macam yang mak ngomelkan pada aku setiap hari. dah nama pun manusia kan. mana pernah puas dengan ape yang ade sekarang betul kan?? apa dapat tah dengan perasaan iri hati ni. dapat sakit hati adelah. haha
aku tak pasti sama ada ada lagi situasi macam ni di kawasan kejiranan korang. mungkin setengah tempat je macam tu. tapi tempat aku ni ada. haha dan tulah yang merisaukan aku dan family sekarang. bila dah ada perasaan macam dua perkara yang macam aku sebutkan di atas ni perkara yang ke-3 ni tak mustahil berlaku. ade jugak orang yang sanggup nak membuat orang lain dengan ilmu-ilmu hitam ini atas alasan iri hati dan tak puas hati dengan satu-satu perkara. bagi aku semua ni sangat tak bagus. bila kita terlampau percaya pada bomoh ni segala amalan yang kita buat setiap hari sia-sia belaka. laknat allah tu pasti. boleh syirik kot. bila hati penuh perasaan marah dan kotor macam-macam boleh jadi. jadi berfikirlah dengan waras dan rasional. jangan nak ikut emosi je manjang. setiap yang berlaku tu ade hikmahnye kan.pada aku orang yang main bomoh ni ambil jalan mudah je nak capai sesuatu especially kekayaan. siapa yang tak nak kaya? semua orang nak tapi biarlah berpada-pada jangan sampai makan diri sendiri.
ini memang paling tak boleh pegi atau bahasa lainnya cannot go haha. kalau korang nak tahu kat kawasan rumah aku ni ade satu kawasan rumah makcik ni yang kami semua gelarkan stesyen mengumpat. buat aku gelak ajelah kan bila dengar mak aku cerita. aku dan family ni kira jenis family yang tak masuk campur sangat hal orang lain melainkan ada kenduri kendara.. tahli di surau. kendarat. gotong-royong je baru aku dan family digalakkan untuk join sebab tak nak jadi benda cam ni lah.orang-orang kat sini mulut memang tak boleh tahan. tiap hari ada aje topik panas. setiap hari ada aje nak diumpatkan. tolonglahh aku memang macam dah tak ada hormat lagi dah dengan orang-orang tua kat sini kalau semua pakat perangai cenggini. macam mana nak maju kalau asik ditindas orang lain? aku cukup tak suka persekitaran macam ni sebab aku tak di didik dengan sifat macam ni.hidup berjiran ada buruk baiknya. ada pahit manis nya. cuma bijak tak bijak je nak fikir mana betul mana salah. kan? mulut orang memang susah nak tutup..haih
akukan dah malas sangat nak layan kerenah orang-orang sini.
makan-tido-makan-tido lagi besh. haha
btw aku nak g pangkor ari sabtu ni.
p/s : teringin nak pindah rumah baru.. boleh ke?
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira