26/06/2010
sebenarnya kita orang bertolak agak lambat hari tu. rancang nya nak bertolak dalam pukul 12. tapi gedebak gedebuk dalam kul 1 lebih baru kita orang bertolak sebab nak amik orang tu. nak amik orang ni lagi kan. kitorang pergi dengan menaiki van toyota hiace. best dan sangat besar. boleh muat dalam 13 orang dalam van tu. first time aku naik van besar macam tu. haha. dalam perjalanan tu masing-masing buat hal sendiri sebab mungkin faktor cuaca yang agak panas waktu tu. aku? bantai tidurlah ape lagi nak buat kan. kitorang sampai dalam pukul 6 lebih kot tak silap. lepas sampai kita orang pun naik feri untuk ke tempat check in kita orang di nipahbayuvilla resort. not bad tempat dia. dekat sangat dengan tepi pantai. tapi sayang bilik aku tak ade mengadap pantai pulak. hehe. sampai-sampai bilik mandi, kemas bag, tukar pakaian dan kita orang mula buat barbeku untuk makan malam tu. barbeku ayam je hehe.lepas dah barbeku ayam malam tu, aku rasa lapar lagi aku pun pergi makan dekat gerai-gerai tepi laut tu. tapi yang tak best nye kan mahal nak mampus makanan dekat situ. adohaii dah kenyang-kenyang balik kita orang pun tidur
27/06/2010
tak banyak sangat pun aktiviti yang kita orang buat sebenarnya.antaranya
lepas dah snorkeling tu kita orang main bola tampar sekejap. siapa kalah kena jalan itik sepanjang pantai dan merangkak. lepas dari main bola tampar pulak kita orang main tanam-tanam orang haha memang kelakar. ada jugak yang buat istana pasir. memandangkan masing-masing dah keletihan kita orang rancang nak balik tidur sekejap dan petang-petang sikit bertolak ke Kota Belanda tapi hajat tu tak terlaksana sebab masing-masing penat gile. haha last-last aku pergi berjalan-jalan tepi pantai dengan ren tengok sekitar kawasan villa tu je. oh ye sebelum aku terlupa aritu jugak adalah birthday abang aku yang ke 27 tahun. selamat hari tua abang epien! :))
28/06/2010
pagi tu kita orang bangun seawal jam 7 pagi. sebabnya semangat nak berkayak. kayak dekat sana boleh tahan lah harganya rm20 untuk dua orang. boleh main sampai sejam. banana boat pulak dalam rm15. aku tak ada nak main-main sangat benda-benda ni pun sebab nanti nak naik semester baru dah. kalau boleh tak nak lah berhitam sangat bawah matahari yang panas terik hari tu. lagi pun aku nak release sikit tension sebelum masuk BMI. dah masuk BMI kang memang menggila stressnya. lepas dah berkayak masing-masing enjoy mandi-manda. dalam pukul 10pagi macam tu kita orang balik bilik dan kemas-kemas barang untuk balik KL. selamat tinggal Pangkor. ada masa kita jumpa lagi :)
gudbye Pangkor
xoxox
wif luv,
eira
0 orang komen:
Post a Comment
setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..
best regards,
eira