21 December 2009

pengalaman jadi penanggah..awesome!

tajuk macam tak boleh blah kan. haha tulah yang terjadi pada aku baru-baru ni. penanggah? apa ye penanggah tu?? okeylah pada yang tak tahu penanggah ni macam orang yang ditugaskan untuk jaga lauk-pauk ah waktu kenduri kahwin. serius aku tak pernah buat keje ni tapi pada 20 disember 2009 aku dengan tergamamnye telah dipaksa untuk jadi salah seorang minah penanggah ni laa. mula-mula memang aku tak nak ah kan. tapi bila kenang-kenang balik makcik yang buat kenduri kahwin kali ni banyak tolong waktu majlis kahwin abang aku yang lepas. so nak tak nak kena lah aku hadap. haha memang ni lah kali pertama aku buat keje ni. langsung takde pengalaman. kelakar pun ada. mula-mula takut jugak. yelah nak senduk lauk untuk orang. aku dah lah panik kalau tengok orang ramai-ramai terjah makanan. haha serius i malu ahaha


tapi malu tu awal-awal aje. dah lama-lama aku dah back to normal :) .. aku dapat handle tugas tu dengan jayanya walaupun macam nak tercabut lutut, kaki, tangan sebab berdiri nak serve orang yang bapaklah ramai. fuuuh memang penat. lagi-lagi bila waktu kemuncak laa.. waktu makan tengah ari dengan waktu pengantin nak berarak. mak aih dia punya ramai orang tak payah cakaplah. kelam kabut jugak waktu tu. tapi sebenarnya best sangat. best sebab aku kena banyak senyum dan cakap terima kasih. hehe pengalaman yang tak kan aku lupa lah. sebabnye aku bukan seorang perempuan yang reti nak senyum dan aku sangatlah pendiam. haha tak percaya? kau tanyalah kawan-kawan aku. satu yang aku nampak dengan buat aktiviti ni merapatkan lagi aku dengan jiran-jiran aku. yelah aku kan duduk dekat flat je. mak ayah pun dah jauh. siapa lagi yang nak aku harapkan untuk tengok-tengokkan rumah && waktu sakit pening aku kalau bukan dia orang yang bernama JIRAN ni haaa.eceheceh


sedikit sebanyak tentang pengantin. namanya ghazali tapi lebih dikenali sebagai toyok. dia ada band sendiri tau. kumpulan aku. aku pun tak pernah dengar lagu dia tapi bila aku search dekat youtube keluar lah pulak. so marilah kita layan video yang dekat bawah ni. pada aku not bad lah lagu nya. sedap jugak. enjoyyyy everyone :).. kalau nak tahu siapa toyok tontonlah video ni. orangnya yang berambut botak dan yang agak berisi sikit badannya .. babai

4 orang komen:

Anonymous said...

ko jarang senyum ker?
x tau plak aku neh

Liquid said...

hee incek liquid selalu sgt jadi penanggah... sbb part time keje katering ehehehe =P
besh an...

pal7 said...

teringat zaman sekolah dulu2..keje katering..lagi mau tercabut semua urat2 badan tahankan penat..huhu

Anonymous said...

ah fatt : ha ah aku jarang senyum
liquid : yupp best :)
pal7 : hui tau takpe

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS