25 December 2009

tahun baru.azam baru.

sila abaikan tajuk diatas.tak ada kena mengena langsung dengan entri. ho-ho-ho merry krismas. selamat hari natal bagi kawan-kawan aku yang menganut agama kristian especially kepada micky, kelvin, lean, chuan, & ramai lagi yang sudah selamat di wish di facebook. haha nak mention jugak dekat sini. ok habis dengan ucapan merry krismas kita teruskan dengan topik blog aku hari ni. kegembiraanku. kesedihanku. eceheceh!!


sebenarnya bukan apa sangat pun. cuma aku sangat happy. akhirnya dapat jugak aku sambung semula study aku yang tergendala tahun lepas. atas sebab tertentu aku terpaksa tangguhkan pengajian dan aku punya alasan yang kukuh untuk tak sambung belajar tahun ni. tapi biarlah aku dan keluarga je yang tau. aku akan menyambung semula degree aku yang tak lepas tu pada tahun 2010 di Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute di Gombak. tahun pertama. sem pertama. masuk hostel kau. hambikkk aku tak pernah duduk hostel apatah lagi duduk jauh dari keluarga. haha pengalaman baru. tempat baru. kawan baru. aku tak dapat nak bayangkan sangat macam mana keadaan aku nanti sebab dulu aku hanya belajar di kolej tapi sekarang di universiti. satu perkara baru. macam mana lah agaknya social life dekat sana, lecturer & friends, environments mesti aku kena cepat sesuaikan diri dekat sana kan. **sigh** . sebenarnya ini merupakan wishlist aku jugak untuk tahun 2010.


tapi dalam pada happy aku ade rasa sedih jugak sebenarnya. ape yang aku sedihkan bukanlah apa, aku akan lagi jauh dari keluarga. macam yang kau orang tahu mak ayah dah pun pindah ke Penang. masa untuk berjumpa mesti lagi terbatas. mesti aku akan busy dengan kuliah, ASS-ignment dan macam-macam lagi kalau dah masuk sana. biasalah dah kata pun tahun pertama kan. dalam masa yang sama aku akan berjauhan jugak dengan abang aku merangkap kawan baik aku dalam rumah ni. segala macam benda aku kongsikan dengan dia. mesti dia rasa sunyi sebab dah lah duduk terpisah dengan bini sendiri. isteri di Putrajaya dia pula di Kampung Pandan. mesti kau orang kata "alah bukanlah jauh sangat dalam KL jugak " kan? hehe tapi dapat tak kau rasa sikit sedih bila jauh dengan orang yang kau sayang? haaa macam tulah perasaan aku. kesempatan untuk berjumpa hanya pada hari minggu. so sad wahai abang. aku pulak di Gombak. yela macam yang sedia maklum aku tinggal berdua je di rumah ni dengan abang aku. makan minum && hal-hal dirumah banyak yang aku uruskan sikit sebanyak mesti terasa jugak. tapi nak buat macam mana. macam kau cakap jugaklah. ni lah lumrah hidup. akhirnya nanti kita semua akan tinggal seorang diri jugak kan. haha.


banyak yang aku fikir. aku nak mulakan hidup baru. nak tinggalkan segala kenangan pahit && masam yang selama ni selalu menghantui hidup aku. tak nak lagi hidup dengan kenangan. nak terus pandang ke depan. bukan bermaksud nak lupakan terus kenangan-kenangan tu tapi kenangan tetap akan jadi kenangan. tak kan dapat diubah lagi melainkan dapat patah balik ke zaman lalu. haha. aku harap sangat dengan aku pergi belajar ni sikit sebanyak dapat membantu aku lupakan apa yang patut.


p/s: aku masuk sana 3hb januari ni. doakan aku ye 






EXCHANGE LINKS