28 December 2009

hargai semasa ada

sejak dua menjak ni aku kurang nak bergiat aktif dengan blog ni. kesian dia dapat tuan macam aku ni. sebenarnya ada je idea nak menulis tapi rasa sangat malas nak tekan keyboard komputer ni. macam mana lah nak atasi masalah M ni haa? . dulu aku suka sangat buat karangan. tak hairanlah subjek Bahasa Malaysia aku dapat A1 dalam SPM. tapi kenapa sekarang teruk sangat perangai. nak tulis blog pun malas. sila marah diri sendiri. tsk. tak paham kenapa malas sangat. sekarang ni gila main game dekat facebook. yela lepas ni mana dapat dah nak main-main game macam selalu. dah nak masuk hutanlah katakan.  amboi banyaklah kau punya alasan eira!


hah dah banyak sangat intro tu. hehe. aku sebenarnya nak cerita pasal kawan. kenapa nak cerita pasal kawan? sebabnya entri kali ni kira sesi mengenang semula kawan-kawan lama la jugak. nak cerita sikit je kalau cerita banyak-banyak kang empat-hari-empat-malam-pun-tak-habis. tsk. dari zaman aku sekolah lagi sebenarnya aku jenis yang suka berkawan. tapi aku dulu cukup pendiam + aku sangat memilih kalau nak berteman = nerd-lah-jugak. sebab tu aku tak ramai kawan lebih-lebih kawan lelaki. mungkin sebab dari tadika sampai sekolah rendah aku sekolah perempuan je semua. tu pasal la aku tak berapa reti nak berkawan dengan budak laki. bukan culture shock ke ape. tapi lebih senang dengan kawan perempuan. cuma sejak dah menginjak dewasa ni aku lebih ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan lah. biasalah kan. lelaki banyak kawan perempuan. perempuan banyak kawan lelaki. hehehe


tapi kawan lelaki dengan kawan perempuan banyak bezanya. kawan perempuan aku boleh kongsi semua gossip-gossip pasal orang perempuan sama-sama. tapi aku lebih suka luahkan perasaan atau ketidakpuasan hati tentang sesuatu dekat kawan lelaki sebab mereka lebih memahami dan banyak bagi nasihat berdasarkan pengalaman dia orang sendiri yang kadang-kadang banyak membantu aku untuk berfikir lebih logik && rasional. nasiblah aku ada abang lelaki. tempat untuk aku luahkan masalah bila perlu sebab aku memang jenis yang tak suka nak cerita benda yang tak penting walaupun dia darah daging aku sendiri. hari ni aku masih lagi di sini sebab kawan-kawanlah. kawan tetap kawan. dan yang paling best bila dapat kawan yang selalu ada waktu aku susah senang. kawan-kawan yang aku maksudkan ni ialah anis..syara..bella..fizah..roy..


siapa dia orang ni? dia orang ni semua kawan terbaikkkkkkk pernah aku ada dalam dunia ni. dah dekat 7tahun rasanya aku berkawan dengan dia orang. sejak dari tingkatan 3 lagi. semuanya secara tak sengaja. dan kami masih lagi berhubung sampai hari ni. walaupun masing-masing dah sibuk dengan kelas, kuliah tapi bila ada kesempatan dan hari raya mesti kita orang akan berkumpul dan serbu rumah kawan-kawan yang terdekat. rindu sangat waktu-waktu tu. bila berjumpa mesti cerita pasal zaman sekolah dulu. dan hari ni semuanya dah besar panjang. semua dah ada haluan masing-masing. semua dah banyak komitmen. dan kami jarang lagi dapat bertemu. setahun boleh kira berapa kali je jumpa. so sad. kalaulah boleh balik ke zaman dulu kan best. kadang-kadang rasa sedih. tapi ni lah hidup.




p/s : aku rindu korang.. :((

0 orang komen:

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS