15 August 2009

erti kehilangan...


Memang mudah untuk menghilangkan kepercayaan seseorang, tetapi untuk mewujudkan kepercayaan itu semula cukup susah. Kadang² kita terpaksa berdiam diri & adakalanya kita terpaksa menerima apa saja yang berlaku disebabkan kepercayaan yang pernah hilang itu. Tapi aku harus menerima kenyataan bahawa kepercayaan itu sebenarnya mudah rapuh. 


Jadi, jangan sesekali merapuhkan kepercayaan seseorang kerana tidak mudah untuk memaafkan dan melupakan. Aku pernah merasa kehilangan & hingga sekarang erti kehilangan & menyesal itu adalah sesuatu yang paling aku takut dalam hidup. Sesungguhnya, segala peristiwa yang pernah terjadi ada hikmah ; hikmah yang kekadang sukar untuk dimengerti. Namun aku tetap percaya bahawa segala yang terjadi adalah yang terbaik untuk aku. 1 hikmah yang membuatkan hidup ni lebih bermakna & membuatkan aku lebih menghargai & mencintai. 


Juga, membuatkan aku lebih berhati-hati dalam setiap langkah aku & membuat pilihan siapakah sebenarnya yang harus dipanggil kekasih. Mungkin menunggu seseorang yang benar² kita mahukan mengambil masa yang lama. Tetapi adalah lebih baik menunggu seseorang yang kita cintai, menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan pada pilihan yang salah. Walaupun menunggu memerlukan masa, keberanian, kesabaran tetapi menunggu itu akan menjanjikan kita satu perkara baik & indah yang tak dapat diduga pada masa akan datang.


notakaki : kita semua tak sempurna..

2 orang komen:

Bro Framestone said...

susah nk mendapat kepercayaan org len mahupun memberi kepercayaan kepda org len

Bro Framestone said...

mane tuan rumah nie ek

bro nk bgtau ygbro dah berpindah rumah ke

www.broframestone.com

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS