19 March 2009

kecelaruan tingkahlaku mungkin?

ehehe..saja aku menulis tajuk entri macam ni..bikin suspen je kan..sebenarnya aku agak kecelaruan sikit minggu ni..jadi kau orang boleh lihat sendiri dengan bangganya aku menukar layout blog yang serupa tahi ini..haha..cantik kan..cakaplah cantik plis..huhu..habis idea aku nak menukar blog ni..sampai ke satu tahap aku fikir..biar jelah macam ni..geram bila edit-edit buruk jugak dekat mata aku ni..nanti-nanti jelah betulkan..haha..biar buruk pun tak apa..bukan orang nak baca sangat pun..hehe..lagipun aku tahu..aku tidak pandai menulis macam kau orang semua..minggu ni juga boleh kata minggu serba tak menjadi atau boleh kata serba tak kena..haha..kenapa?banyak sebabnya..mungkin aku yang lalai dalam melakukan sesuatu perkara dan ambil mudah dalam setiap hal..kalaulah masa boleh patah balik..boleh ke aku betulkan keadaan..sambil cakap dalam hati
"eira..
berhentilah mengeluh..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.."
senyum**


oh ya!petang tadi aku baru dapat surat tawaran dari UniKL-bmi untuk course Bachelor of Medical Electronics Engineering..tetiba macam rasa malas mahu belajar lagi..aku bukan apa takut tak dapat kerja..sekarang zaman ekonomi teruk..bila memikirkan hutang piutang aku dengan MARA aku terus rasa macam nak koyakkan je surat tawaran ni..buntunya..ayah pulak cadangkan ambil diploma separa perubatan dari SPA..katanya senang keluar nanti sudah ada kerja..entah lah..aku buntu tentang masa depan aku..bak kata mak..
"itulah dulu mak suruh belajar kau main-main..sekarang tengok apa dah jadi??nak menyesal sekarang pun tak guna dah.."
"Mak..eira bukannya main-main..eira dah cuba sehabis baik dan eira dah buktikan pun cuma nasib belum menyebelahi eira.."
aku sering cakap macam ni pada mak aku..syukurlah ayah tak pernah mengomel atau mengkritik setiap keputusan aku dalam hal belajar-belajar ni..terima kasih ayah ^-^



p/s :boleh tak kalau nak lari sekejap..huhu..banyak betul yang nak diluahkan tapi tak terluah disini..perasaan ni..macam-macam sangat rasanya..

7 orang komen:

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

nice template dear.. simple but nice...

bersabar la eira.. dorang just nak yang terbaek untuk eira... percaya pada diri k..

i nOe u can... take care :D

myzatulHanim said...

kt sm je eira.
stp kali tkr layout mst rs xcntek je.
n asik nk tkr je.

apa2 pun.
Gudluck utk semua yg eira lakukan.. :)

Siti Fatimah Nabihah said...

hurm.. tu ar! kita dah cuba sedya upaya dah kan.. tp xpa.. kita try lagi selagi mampu kan..

Monkey D Luffy said...

lawa apa cam ni... ada kelas!

white rabbit said...

sekarang ni certificate sekotak pun orang tak berapa nak pandang dah...skill n experience lagi penting...

pal7 said...

eira..
luah kan jek ape yang eira rase..

vidadarisakura said...

eira jangan mengeluh..nanti kakak rotan..
hee

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS