19 March 2009

update cerita CR dan cinta pandang pertama

aku agak tersentuh dan turut bersedih dengan keadaan seorang followers aku yang kini ditempatkan di ICU atas sebab aku sendiri pun tak tahu apa penyakitnya..Costaricay atau kami memanggilnya dengan nama panggilan CR di alam blog ini..katanya sejak dari dulu lagi dah melekat nama CR yang dipanggil oleh rakan-rakannya..seorang abang yang baik..kata-katanya penuh dengan inspirasi..walaupun aku hanya ber'ym' sekali sekala dengannya..aku sangat kagum dengan cintanya..hanya mencintai seorang gadis yang tidak pernah mengasihinya..tetapi itulah cintanya..cuma berharap dan mencintai gadis itu sepenuh hati..segalanya untuk wanita itu..bertuahnya..CR..eira harap CR cepatla sedar dari komma..eira doakan CR cepat sembuh..siapa-siapa yang nak view blog dia boleh klik sini..ya Allah..semoga CR tak apa-apa..amin
--------------------------------------------------------

cinta pandang pertama?

tarikh: 17 march 2009..
masa: 12.30tengahari..
lokasi : dalam LRT Sentul Timur


waktu itu aku sedang dalam perjalanan hendak ke Masjid Jamek untuk bertemu dengan shafarin samat..LRT pada waktu itu berhenti di stesyen Pandan Jaya..aku sememangnya suka mengelamun dan berangan..aku suka melihat pemandangan luar LRT dan melihat kelibat orang ramai yang mahu menaiki tren yang sama denganku..dan disitulah aku bertemu dengannya..lelaki yang tak dikenali yang telah buat aku teruja..


memandangkan LRT tu penuh..aku ambil keputusan untuk berdiri di tiang yang berdekatan dengan pintu dan hanya bersandar di situ..manakala lelaki itu pula kirinya menghadap aku..aku mengadapnya..ahah dalam hati aku menganggap ini satu peluang yang tak patut aku lepaskan..heehee..orangnya...?


orangnya..?
orangnya....?
orangnya......?



sangat bersahaja..hanya mengenakan shirt berwarna hijau putih yang tertulis mengenai "life" tak silap..ber'jeans' lusuh,sneakers dan beg lotto dibawa bersamanya..tidak terlalu gelap dan terlalu cerah kulitnya..rambut yang sedikit messy dan dia kelihatan ensem dimata aku walaupun mungkin pada siapa-siapa yang melihatnya akan berkata 'alah..biasa je'..apa yang menarik tentangnya?..sikapnya yang nampak cool dan tidak nampak sombong serta sering tersenyum..raut wajahnya juga sangat manis..aduh..sumpah aku cair..cinta pandang pertama ke ni?haha..aku tak dapat melihat dengan jelas perkataan yang tertulis di bajunya kerana aku hanya memerhatikannya dari awal sehinggalah dia turun ke stesyan Hang Tuah..haha..owh berbunganya rasa hati..walaupun hanya dapat melihatnya sekejap sahaja..tapi cukuplah..walaupun aku tahu kebarangkalian untuk aku bertemu semula dengannya adalah mustahil..mungkin sebulan dua..mungkin bertahun lamanya atau tidak sama sekali ketemu lagi..


setelah sekian lama aku tidak mempunyai perasaan begini..hari itu ianya terjadi lagi..setelah hampir setahun aku sendiri..perasaan ini datang lagi..bila mengenangkan peristiwa cinta yang kecundang dulu..aku bosan untuk memikirkan hal cinta..cinta bukanlah segalanya bagi aku..cinta juga tak mungkin hadir dalam hidup aku buat masa sekarang..sebabnya..aku masih belum bersedia..cinta itu mematangkan aku..cinta itu ada indahnya dan kadang kala terlalu menyakitkan..


Ya Tuhanku,
Kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…
Tapi kalau dia bukan jodohku,
jodohkanlah…
Dan jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami berjodoh..
Ya Tuhanku,
Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia mendapatkan jodoh yang lain,
selain aku seorang…
Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,
jangan sampai dia mendapatkan jodoh yang lain,
biarinkan dia tidak berjodoh sama seperti aku…
Dan pada saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali…
Ya Tuhanku,
Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku…
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biarkanlah orang itu bertemu jodoh dengan yang lain
dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku…
Ya Tuhanku,
kabulkanlah doa dan permohonan hambamu ini…
Amin…


 p/s : takut pulak bila baca doa ni..hehe

4 orang komen:

SiS-lin said...

jgn takut dgn cinta pandang per-1..kerana org yg mendpt cinta itu adalah org yg per-1 paling bhgia utk cinta nye itu,bkn senang nk memenangi cinta pandang per-1,sbb jika ada per-1..pasti ada ke-2,3,4.......

Monkey D Luffy said...

apakah doa cam tu?

pal7 said...

eira..smoga CR cepat sembuh ya..

tujuh_tiga_mac said...

tersentuh. feelin. touchin.
CR, get well soon. erk..
die da ok?

Post a Comment

setiap kata-kata adalah doa..sila betulkan niat anda dan komenlah dengan ikhlas..


best regards,
eira

EXCHANGE LINKS